Dengan nama Allah.. aku cuba memperbaiki diri.. aku cuba yang terbaik untuk menghijrahkan diri ini.. Allahurabbi.. sesekali timbul perasaan menyesal kerana aku berniqab terlalu awal sebelum aku meniqabkan hati dan diriku ini.. hanya Allah Maha Mengetahui rasa hati ku di kala ini.. seharusnya aku memperbaiki dalamanku, tutur bicaraku, ikhtilatku sehinggalah aku menjadi muslimah Islam yang sebenarnya.. Aku kene belajar untuk menjaga pandanganku..
Ya Rabb.. izinkan aku melabuhkan cintaku hanya untukMu.. izinkan aku merasai kemanisan iman yang sebenarnya.. cukuplah setelah aku lalai.. aku menutup aurat dengan sempurna bahkan meniqabkan wajahku.. tetapi aku lalai dalam menjaga dalamanku sehinggakan ikhtilatku tidak terjaga.. tutur bicaraku kuat bersama gelak tawa antara muslimin dan muslimat.. Allah.. Allah.. aku terfikir tidak mungkin akan ada cerita-cerita yang kurang baik tentangku jika aku tidak melakukannya..
Ya Quddus.. tersentak aku di kala aku sedang muhasabah diri tika ku sendirian di asrama ini.. aku yang mengundang dan membuka jalan fitnah ke atas diriku sendiri.. aku yang lalai dalam hari-hari ku.. aku tidak ingin untuk menjadi lebih baik daripada semalam.. Allahurabbi.. sebaknya hati ini.. aku ingin melepaskan segala rasa ini Ya Allah.. agar aku dapat melahirkan diri ini dengan iman dan cinta yang tidak berbelah bagi hanya untuk Pemilik Cintaku iaitu AL-'AZIM ..
Ya Latif.. lembutkan hati ku ini untuk mengejar cintaMu.. lembutkan jiwaku ini untuk meraih redhaMu.. aku ingin menjadi sekuntum mawar agama yang penuh duri agar aku terpelihara sehingga ajal menjemputku.. meskipun hidup ku tidak lama lagi.. tapi aku akan tetap memperjuangkan Islam yang menjadi agama syumul buat semua umat Islam.. aku ingin menghijrahkan dalaman ku ke jalan Allah yang selurusnya.. aku ingin menjadi srikandi Islam .. aku ingin menjadi solehah seperti para sahabiah di zaman Rasulullah s.a.w.
Ya Ghafur.. ampunkan segala dosa-dosa besarku dan juga dosa-dosa kecilku.. ampunkan dosa kedua ibu bapaku.. kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku semasa kecil.. ampunkanlah dosa ahli keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, orang-orang kesayanganku dan sekalian muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang sudah pergi mengadapMu Ya Ilahi..
Ya Hamid.. jadikanlah aku insan yang terpuji.. tarbiyah la diri ini secara halus dan perlahan.. agar aku mampu mempertahankan segalanya sepanjang hayatku.. biarlah aku melalui sisa-sisa hidupku dengan meletakkanMu di tempat yang tertinggi di hatiku.. izinkan aku untuk ubah diri ini.. daripada yang sekarang menjadi solehah dalam erti kata yang sebenarnya.. bukan solehah hanya pada pakaianku.. tetapkanlah hatiku ini agar terus melangkah menujuMu Ya Allah.. alhamdulillah.. Amiin Ya Rabb..
Wahai sahabatku , sungguh dirimu dalam pemerhatianNya . Lakukan penghijrahanmu lillahitaala . Sahabat-ii sekeliling mu , InShaaAllah akan menyokongmu . Sayang kamu abada abadan (:
ReplyDeletealhamdulillah sayang.. terima kasih atas segalanya :)
ReplyDelete