Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan : Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan :
Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan : Adakah engkau telah melihatnya? Jawab lelaki itu : Belum. Sabda baginda: Lihatlah kepadanya sesungguhnya ia akan membawa kepada hidup berkekalan antara kamu berdua.
Tujuan melihat tunag ini adalah untuk mlahirkan perasaan kasih sayang antara kedaua tunangan itu. Ia merupakan asas perkenalan antara keduanya sebelum melangsungkan perkahwinan nanti. Masing-masing berpeluang mengenali secara lebih dekat antara satu sama lain sehingga timbulnya perasaan puas hati dan redha dengan pilihan yang dibuat bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku selepas perkahwinan nanti.
Diharuskan kepada tunag lelaki untuk melihat kepada muka dan kedua tangan tunang perempuannya. Pada muka adanya rahsia berkaitan dengan keelokan dan kecantikan. Manakala pada tangan pula tersimpan rahsia tentang kesuburan tubuh atau pun tidak. Diharuskan untuk ibu dan adik beradik perempuan bagi tunang lelaki untuk melihat kepada anggota yang lain daripada muka dan tapak tangan bagi mengetahui apa sahaja yang mereka kehendaki. Pada tunang perempuan pula diharuskan melihat anggota selain aurat pada tunang lelakinya.
Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan :
Perlu difahami bersama bahawa hukum tunang sebelum berkahwin adalah masih asing bagi tunang lelaki begitu juga sebaliknya. Sebarang pertemuan yang bertujuan untuk menjaga ikatan ke arah membina rumahtangga yang aman dan soleh selepas kahwin nanti adalah diharuskan. Berkesinambungan daripada inilah maka diharuskan tunang lelaki untuk bertemu dengan tunang perempuannya walau pun berlakunya kekerapan.
Tunang lelaki juga diharuskan duduk bersama dengan tunang perempuannya dalam rumah keluarganya atau pun keluar bersamanya dengan syarat ditemani oleh adik beradik yang telah baligh samada lelaki atau perempuan bagi mengelakkan berlakunya khalwat atau bersunyian antara keduanya samada dalam rumah atau tempat umum.
Diharamkan keduanya berada dalam keadaan khalwat kerana kedua-duanya masih dikira asing kerana belum dikahwinkan. Kedua-duanya dibenarkan bercakap apa sahaja selagimana menjaga adab Islam dan jauh daripada khalwat.Selepas berlangsungnya akad nikah maka segala yang diharamkan sebelum kahwin telah dibenarkan.Kita juga dibenarkan duduk bersama saudara ipar selepas akad nikah dengan syarat mereka memakai pakaian mengikut kehendak syarak.
Inilah dia peradaban Islam yang begitu menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan walau pun sudah bertunang bagi mengelakkan zina dan seumpamanya yang akan menyebabkan berlakunya perkara yang lebih teruk dan merbahaya lagi.
rujukan:
http://darululumonline.wordpress.com/2009/02/09/hukum-bertemu-tunang/
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Tinggalkan nasihat untuk NJ ..