Ramadhan Al-Mubarak menjelma lagi.Seperti namanya bulan ini memang di berkati Allah dan Dia memenuhinya dengan pelbagai keberkatan.Di antara gambaran luar paling menyerlahkan keberkatan itu ialah betapa bersemarak dan makmurnya Ramadhan dengan segala kelainannya berbanding bulan-bulan lain.
Ketekunan dan keghairahan umat Islam menyempurnakan pelbagai amal ibadah bagaikan mencapai tahap puncak di bulan yang mulia ini.Walhal semua tahu betapa amal ibadah untuk taqarrub ilallah merupakan satu tuntutan kepada kita disepanjang kehidupan tanpa dikhususkan pada bulan-bulan tertentu.
Pun begitu, kita turut diajar bahawa setiap amal ibadah itu ada tingkatan ganjaran berbeza mengikut masa dan tempat ia dilaksanakan.Solat di rumah umpamanya tidak sama darjah ganjaran berbanding solat di masjid.Begitulah juga apabila solat yang sama dilaksanakan di Masjidil Haram Makkah, ganjarannya tidak sama.Lebih tidak sama lagi sekiranya dilakukan di bulan Ramadhan.
Begitulah ganjaran tingkatan berbeza yang kita fahami,bagi setiap amal ibadah.Walaupun ia suatu tuntutan sepanjang hayat,dan setiapkali melaksanakannya kita di beri jaminan ganjaran "keuntungannya" menjadi lebih berganda apabila datangnya musim-musim utama seperti Ramadhan.Ada keistimewaan dan kelebihannya tersendiri yang telah di jamin oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya bagi setiap amal pada bulan penuh barakah ini.
Sebab itu Islam menggalakkan umatnya mempertingkatkan amal ibadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ia datang hanya sekali dalam setahun.Peluang ini tidak wajar dibiarkan berlalu tanpa kita mengambil segala daya usaha mengoptimakan manfaat kehadirannya.
Selain menyempurnakan amalan puasa yang wajib,perbanyakkanlah amalan-amalan sunat,terutama yang kerap disenaraikan para Ulama' bersandarkan apa yang pernah di contohkan oleh Rasulullah s.a.w terlebih dahulu.Antaranya seperti beriktikaf di masjid,memberi makan orang berbuka,solat taraweh,bersedekah, membaca Al-Quran,bertadarus,qiamullail,berzikir,beristighfar,mengerjakan umrah,mohon syurga dan minta agar dajauhkan dari neraka.
Maka ucapkanlah ahlan wasahlan ya Ramadhan Al-Mubarak.Semoga kehadirannya benar-benar memberi keberkatan kepada kita semua.
'KEPIMPINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BUKAN KEHORMATAN'
Nawawi Abdul Rahman (Al-Faqir Ilallah)
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),Kolej Islam Darul Ridzuan, Sesi 2012/2013
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Tinggalkan nasihat untuk NJ ..