Ai shi te ru ialah perkataan bahasa Jepun yang bermaksud 'aku cinta padamu'.Dalam bahasa Inggeris ia disebut 'I love you' manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut sebagai 'Wo ai ni'.
TANDA CINTA
Mark Twain pernah berkata,"Cinta bukan kepercayaan tanpa bukti, tetapi kepercayaan tanpa syarat."
Ini bermakna, setidak-tidaknya kita mempercayai dirinya walaupun kita tahu si dia bukan orang yang baik.Tetapi kepercayaan itu diletakkan kerana cinta.Oleh itu, apabila kita menyatakan cinta kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan tanda-tandanya.
Ibnu Qayyim menyatakan dalam bukunya 'Rindu & Cinta Menurut Islam', beberapa tanda jatuh cinta yang di alami oleh manusia adalah,
Banyak mengingati orang yang di cintai, membicarakan tentangnya dan sentiasa menyebut namanya.
Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang di cintai dan mendahulukan segala keperluannya.
Memerhati kata-kata orang yang di cintai dan mendengarkannya.
Mencintai segala perkara yang di cintai sang kekasih.
Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya tetap juga cinta.Ringkasnya, apabila kita jatuh cinta dengan Allah, kita pasti mengingatinya, tunduk dan patuh pada semua perintahnya, memerhati dan mengikut setiap peraturan-Nya dan mencintai segala perkara yang di cintai oleh Allah dan itu yang kita sebut sebagai tanda-tanda cinta kepada Allah S.W.T.
BUKTI CINTA
Sekiranya cinta kepada Allah, maka ia perlu di sertakan dengan bukti.Lalu, bagaimana nbukti itu dapat di tunjukkan?
Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia
Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya.Hatinya tenteram dan berbunga-bunga apabila terfikir mengenai sang kekasih.
Begitu juga cinta kepada Allah.Manusia yang jatuh cinta kepada Allah akan sentiasa mengingati dan merindui Allah.Dalam surah ar-Ra'du Allah menjamin manusia yang mengingatinya,
" Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang "
Ini adalah jaminan daripada kekasih kepada kekasihnya.Ini menjadi bukti Allah akan membalas perasaan cinta manusia sebagai hamba kepada penciptanya.
MENURUT SEGALA KEMAHUAN SANG KEKASIH
Realiti orang bercinta biasanya akan menurut segal kemahuan sang kekasih walaupun mereka kekurangan wang pada masa itu.
Ini dianggap sebagai bukti cinta sama ada pasangannya benar-benar mencintai dirinya atupun tidak.Ini bermakna, bukti seseorang itu mencintai Allah ialah kita mengikuti segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.Allah menyatakan,
" Orang yang beriman itu kuat kecintaannya kepada Allah "
(Surah al-Baqarah, ayat 165)
Ini bererti, syarat utama mencintai Allah ialah mempunyai iman di dalam hati.
KESIMPULAN
Hakikatnya mencintai Allah lebih mudah daripada mencintai manusia. Allah tidak mahukan harta kita kerana Allah pemberi rezeki.Bahkan kita yang di tuntut supaya meminta sesuatu daripada Allah melalui doa.
Menurut Doktor Norman V.Peale, doa adalah kekuatan terbesar dalam memecahkan masalah peribadi seseorang.Ada kekuatan dahsyat yang terkandung dalam doa.
Jadi tidak hairan sekiranya mereka yang mencintai Allah sentiasa berada di dalam kesejahteraan hidup kerana kekasih hati sentiasa bersedia mengabulkan segala permintaannya. Oleh itu, tadahkan tangan dan ucapkan ai shi te ru kepada Allah. Semoga dengan cara itu, kita tergolong di kalangan hamba yang di cintai oleh-Nya.
Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi
ReplyDeleteLelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
iya alhamdulillah.. terima kasih :)
DeleteAi She Teru!
ReplyDelete