Photobucket

kafarrah dosa-dosa silamku..


Bismillahirrahmanirrahim...



Di pagi subuh yang hening penuh kesyahduan.. di kala hamba yang beriman bangun dan mempersiapkan diri untuk sujud kepada Sang Khaliq.. terlihat seorang muslimat yang terlantar di atas katil sedang menggigil tubuh badannya.. peluh menyimbah ke seluruh tubuh.. hatta bilik itu menggunakan penghawa dingin.. tidak mampu menyejukkan diri si muslimat itu.. terpamer kekerutan pada wajah itu..

     Rupanya dia sedang menanggung kesakitan yang teramat.. tetapi dia masih mampu tersenyum.. lidahnya di basahi dengan zikrullah.. Allah.. Allah.. aku percaya ini bahagianku.. aku tahu ini kafarrah bagi segala doasaku.. kesakitan yang di tanggung oleh cinta hatiku Rasulullah s.a.w jauh lebih perit dari yang aku alami sekarang.. bahkan kesakitanku hanya secebis di bandingkan dengan baginda sepanjang dakwah dan perjuangan memperjuangkan Islam dan meningkatkan cinta buatMu Ya Rabb...

     Bermula demam yang melanda diriku.. seluruh tubuhku sakit-sakit, rasa bagai di cucuk belati dan duri.. perit terasa di kala aku cuba kuat untuk mempertahankan diri dari terus terbuai dengan kesakitan.. aku tidak boleh terlalu memanjakan diri ini.. kena kuat! mesti kuat! kan nak jadi muslimah yang cekal.. mana boleh lemah.. tak boleh layan sangat kesakitan tu.. nanti lagi rasa lemah badan tu..

     Ma datang.. terlihat keresahan pada wajah yang penuh keibuan itu.. adik sakit lagi ya? umm.. Allah.. kita pergi hospital ya.. terukir senyuman di wajahku.. tak pa ma.. adik mampu lagi ini.. adik nak kuat! kan dah janji tak mau lemah.. :') , .. Ma masih merenung diriku.. terpamer kerisauan di wajah bondaku itu.. Ma.. trust me okay.. i will be fine.. insyaAllah.. ini semua kafarrah dosa-dosa silam adik.. adik berdosa pada Allah Azza Wa Jalla..

     Adik berdosa pada ma dengan appa.. adik tak dengar cakap ma dengan appa dulu.. adik keraskan hati dari menerima Islam yang sebenarnya.. adik biarkan diri terjebak dalam dosa-dosa dan kerja yang tidak berfaedah.. adik lalai.. adik tak cuba untuk berubah pun! maafkan adik ya ma.. ampunkan segala dosa-dosa adik.. ma.. adik tahu masa adik dah tak banyak.. tapi izinkan adik untuk terus menyambung pengajian di kolej ya ma.. izinkan adik bersama yang lain untuk menegakkan Biah Solehah di kolej itu..

    Ma.. kalau diizinkan Allah.. pasti akan jumpa penawar bagi kesakitan yang di alami oleh adik ini.. adik dah penat berulang alik ke hospital dan klinik.. duit kita dah banyak habis.. tapi kesihatan adik makin memburuk.. memang di hadapan sahabat-2 dan semua orang adik mengukirkan senyuman.. sedangkan waktu itu kesakitan datang membuatkan adik hampir rebah.. tetapi adik tetap bertahan kukuh.. agar tak terlihat kesakitan yang adik tanggung sepanjang hari-hari adik di kolej..

     Bondaku noraini sudin.. izinkan adik lelap sekejap ya.. airmata hampir menitis.. adik nak rehatkan diri sekejap.. mana tahu adik dapat mimpi syurga.. seperti selalu di pesan oleh abang buat widanya ini.. adiknya yang banyak kekurangan ini.. ma.. ana uhibbuki fillah.. adik cintakan ma dengan appa kerana Allah.. maafkan adik ya ma.. maafkan adik.. :')

Ya Malik.. sesungguhnya Engkau Maha Agung.. sembuhkanlah penyakit hambaMu ini..
Ya Ghaffar.. sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.. ampunkan dosa-dosaku..
Ya Alim.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terjadi pada diriku ini..
Ya Mu'iz.. Engkau Maha Mulia.. muliakanlah diriku ini di sisiMu kelak.. aku ingin menjadi hambaMu yang beriman..
Ya Hakam.. Engkau Maha Penghukum.. hukumlah aku jika ini mampu menggugurkan dosa-dosaku..
Ya Hafiz.. sesungguhnya Engkau Maha Pemelihara.. peliharalah diriku ini agar dapat menjadi mawar agama yang penuh duri..

Amiin Ya Rabb.. 


Tinta Penghijrahan Ku ..


Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah.. aku cuba memperbaiki diri.. aku cuba yang terbaik untuk menghijrahkan diri ini.. Allahurabbi.. sesekali timbul perasaan menyesal kerana aku berniqab terlalu awal sebelum aku meniqabkan hati dan diriku ini.. hanya Allah Maha Mengetahui rasa hati ku di kala ini.. seharusnya aku memperbaiki dalamanku, tutur bicaraku, ikhtilatku sehinggalah aku menjadi muslimah Islam yang sebenarnya.. Aku kene belajar untuk menjaga pandanganku.. 

Ya Rabb.. izinkan aku melabuhkan cintaku hanya untukMu.. izinkan aku merasai kemanisan iman yang sebenarnya.. cukuplah setelah aku lalai.. aku menutup aurat dengan sempurna bahkan meniqabkan wajahku.. tetapi aku lalai dalam menjaga dalamanku sehinggakan ikhtilatku tidak terjaga.. tutur bicaraku kuat bersama gelak tawa antara muslimin dan muslimat.. Allah.. Allah.. aku terfikir tidak mungkin akan ada cerita-cerita yang kurang baik tentangku jika aku tidak melakukannya..

Ya Quddus.. tersentak aku di kala aku sedang muhasabah diri tika ku sendirian di asrama ini.. aku yang mengundang dan membuka jalan fitnah ke atas diriku sendiri.. aku yang lalai dalam hari-hari ku.. aku tidak ingin untuk menjadi lebih baik daripada semalam.. Allahurabbi.. sebaknya hati ini.. aku ingin melepaskan segala rasa ini Ya Allah.. agar aku dapat melahirkan diri ini dengan iman dan cinta yang tidak berbelah bagi hanya untuk Pemilik Cintaku iaitu AL-'AZIM .. 

Ya Latif.. lembutkan hati ku ini untuk mengejar cintaMu.. lembutkan jiwaku ini untuk meraih redhaMu.. aku ingin menjadi sekuntum mawar agama yang penuh duri agar aku terpelihara sehingga ajal menjemputku.. meskipun hidup ku tidak lama lagi.. tapi aku akan tetap memperjuangkan Islam yang menjadi agama syumul buat semua umat Islam.. aku ingin menghijrahkan dalaman ku ke jalan Allah yang selurusnya.. aku ingin menjadi srikandi Islam .. aku ingin menjadi solehah seperti para sahabiah di zaman Rasulullah s.a.w.

Ya Ghafur.. ampunkan segala dosa-dosa besarku dan juga dosa-dosa kecilku.. ampunkan dosa kedua ibu bapaku.. kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku semasa kecil.. ampunkanlah dosa ahli keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, orang-orang kesayanganku dan sekalian muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang sudah pergi mengadapMu Ya Ilahi..

Ya Hamid.. jadikanlah aku insan yang terpuji.. tarbiyah la diri ini secara halus dan perlahan.. agar aku mampu mempertahankan segalanya sepanjang hayatku.. biarlah aku melalui sisa-sisa hidupku dengan meletakkanMu di tempat yang tertinggi di hatiku.. izinkan aku untuk ubah diri ini.. daripada yang sekarang menjadi solehah dalam erti kata yang sebenarnya.. bukan solehah hanya pada pakaianku.. tetapkanlah hatiku ini agar terus melangkah menujuMu Ya Allah.. alhamdulillah.. Amiin Ya Rabb..


My Feeling
Ya Allah.. alhamdulillah. aku sedang bahagia.. aku tahu ini adalah ujian kebahagiaan untuk aku.. aku sentiasa doakan yang terbaik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...