Photobucket

Fahamilah ...


Bismillahirrahmanirrahim...



Fahamilah.. 

Andai rasa yang terbit dihati ini
satu anugerah Illahi
aku berharap biarlah hanya untukmu
berharap agar ia kekal ke syurga

Andai rasa itu ditarik dariku
aku redha, aku pasrah
kerana aku percaya
kau dan aku tidak ditakdirkan bersama

Jangan kau kata, itu salah-Nya
tetapi tadahkan tangan mu
mengucap syukur kepada-Nya
kerana DIA temukan kita
percayalah DIA Maha Mengetahui

Pasti ada Insan lain untuk mu
Pasti ada Insan lain untuk ku
Insan yang mampu bawa kita ke syurga
syurga yang pasti kekal abadi..

Percayalah jodoh kita telah tertulis
Lauhul Mahfuzh jodoh kita tertulis...
janganlah kau ingkari ketentuan Illahi
senyumlah dengan ujian ini.
lapangkan dadamu
bukakanlah hatimu..
Dan lafazkan lah.. Alhamdulillah.. 



BERNIQAB dan ISTIQOMAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Wahai diri :

Jika kamu mahu berniqab.....

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..

Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..

Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..

Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kamu mulakan niqab di wajahmu,

Niqabkan hatimu dulu,

Niqabkan jiwamu dulu,

Niqabkan lidahmu dulu,

Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.

Yang terbuka belum tentu terus terbuka ..

Berilmu lah sebelum kau beramal wahai ukhti fillah...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Rabb mu...

Menguji sekuat mana cinta niqab didalam dirimu....

Usahlah melatah jika difitnah, kerana diri mu terlindung dari segala fitnah...

Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu....

Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam diri mu..

Usahlah kamu mendongak wajah ke langit....

Perhatikanlah diri mu agar menjadi Niqabi terpuji ...

Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kamu niqabkan wajahmu..

Istiqamah bukan hanya sekadar kata-kata..

Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk diwarta di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..

Tetapi ia perlulah datang dari jiwa yang tulus demi Allah swt..

Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,

kerana dibalik tirai suara-suara itu..

berhimpun manusia menunggu jelek kan kamu...

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!

Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!

Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, sudah ternyata tidak mahu mendengar-Nya....

Jangan lah yang memberati aurat ini mencemar niqab mu sendiri....

Jari jemari di papan kekunci katakan CINTAKAN ALLAH,CINTAKAN RASUL....

Yakinkah kamu? Jangan berkata tetapi hakikatkanlah tubuh mu...

Terlalu sarat dengan kata nista....

Kamu berdusta!!!

Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka dan nama ummul mu'minen mu....

Niqab bukan fesyen terbaru!

Niqab bukan sekadar pelindung tabarruj!

Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!

Niqab bukan untuk dipersendakan...

Berilmulah sebelum beramal....

Kerana yang akan menderita adalah diri mu....

BERNIQABLAH KERANA KESEDIA MU, BUKAN UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN DIRI MU. KERANA ITU BELUM MENJADIKAN KAMU BERSEDIA UNTUKNYA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...

p/s : kalian yg tidak memahami, tidak mengerti perasaan seorang niqabis, lebih baik diam sahaja.. memang indah, sejuk mata memandang wanita yg berniqab.. tetapi kebanyakannya ramai yg tidak mengetahui, menyedari.. di sebalik purdah itu, mereka menyembunyikan tangisan kesedihan mereka. kesulitan ujian yang mereka hadapi semata-mata mahu memperjuangkan sehelai kain yg menutup wajah mereka Lilahitaala.. (T_T)
 — 

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W


Bismillahirrahmanirrahim...



Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

“Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Wahai manusia,
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,
Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,
Bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,
Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia,
Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah!
Bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.”


         

                                                                                                     

AURAT


Bismillahirrahmanirrahim...

Sebagai seorang muslimah, perlu diketahui bahawa kewajipan menutup aurat adalah wajib bagi mereka yang telah baligh. Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan. Berikut adalah dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w sebagai panduan kita bersama.



AL-QURAN

1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

  HADIS NABI S.A.W

1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

2) Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud





                                                                                                 
                                                                                                        

PENGHUNI SYURGA

Bismillahirrahmanirrahim...
Dari Abu Hurairah r.a.Rasulullah SAW bersabda:
”Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”
Segala yang ada di dunia ini adalah fana dan tiada yang kekal, tapi bukan berarti telah berakhir sampai disini. Tapi menuju ke alam berikutnya yaitu hari akhir, suatu kehidupan yang kekal tiada berakhir. Semua jiwa pasti akan kembali kepada pemilik dan penciptanya yaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Setelah ditiup sangkakala yang kedua seluruh manusia dibangkitkan dari kuburan-kuburan mereka dalam keadaan tidak membawa apa pun, tidak beralas kaki, tidak berbusana, dan juga tidak berkhitan.



Tahap penghisaban amal perbuatan manusia dipadang mahsyar merupakan bahagian azab dari Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap siapa yang dihisap pada hari itu. Rasulullah S.A.W bersabda, yang ertinya: “Barangsiapa yang dihisab pada hari kiamat bererti dia telah merasakan adab.” Aisyah berkata: “Wahai Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (yang ertinya): “(Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanan) maka dia akan dihisab dengan hisab yang mudah.”
                                                                                                                            (QS: Al Insyiqaq: 8) 

Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: “Sesungguhnya itu adalah sekedar memperlihatkan amalannya, tetapi barangsiapa yang diperiksa penghisabannya pada hari kiamat bererti dia telah merasakan azab.” (HR: Muslim no. 2876)

Namun Allah Subhanahu wa Ta’ala Al Ghaffur (Yang Maha Pengampun) dan Ar Rahim (Yang Maha Pengasih) telah membentangkan rahmat-Nya yang amat luas. Diantara rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan petunjuk kepada manusia tentang jalan yang dapat menghantarkan ke dalam al jannah tanpa hisab dan adab. 

Jalan tersebut telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadisnya, yang ertinya: 

“Akan masuk al jannah dari umatku tujuh puluh ribu tanpa hisab dan adzab (dalam riwayat lain; wajah-wajah mereka bercahaya bagaikan cahaya rembulan di bulan purnama).” Kemudian Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam berdiri dan masuk ke dalam rumah. Sementara para shahabat Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam menduga-duga siapakah golongan mereka itu. Diantara para shahabat ada yang menduga; “Semoga mereka adalah orang-orang yang menjadi shahabatnya”. Yang lainnya mengira; “Semoga mereka adalah orang-orang yang lahir dalam keadaan Islam dan tidak pernah berbuat kesyirikan”, dan perkiraan-perkiraan yang lainnya. 

Kemudian Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam keluar dari rumahnya dan mengkhabarkan sifat golongan yang bakal menjadi penghuni al jannah tanpa hisab dan azab. Baginda bersabda, yang ertinya:
 
“Mereka itu adalah orang-orang yang tidak meminta kay (praktek pengobatan dengan menempelkan besi panas atau semisalnya pada bagian tubuh yang sakit), tidak meminta ruqyah, dan tidak pula berfirasat sial (dengan sebab melihat sesuatu yang disangka ganjil seperti burung dan semisalnya), serta mereka bertawakal penuh kepada Rabb mereka.”  Kemudian Ukasyah bin Mihshan berdiri seraya berkata: “(Wahai Rasulullah) berdoalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya aku termasuk golongan mereka. Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam  bersabda: “Engkau termasuk dalam golongan tersebut”. 
                                                                                            
(HR: Al Bukhari no. 5752 dan Muslim no. 374)


                                                             



                                                                                                      

PERMATA YANG DI CARI INSYAALLAH BAKAL KU TEMUI

Bismillahirrahmanirrahim...




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


My Feeling
Ya Allah.. alhamdulillah. aku sedang bahagia.. aku tahu ini adalah ujian kebahagiaan untuk aku.. aku sentiasa doakan yang terbaik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...