Photobucket

pendapat 4 mazhab berkenaan niqab


Bismillahirrahmanirrahim ...



Mazhab Hanafi

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)

2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة

“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)

3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب

“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)

4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة

“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:

قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة

“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)

Mazhab Maliki

Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

1. Az Zarqaani berkata:

وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني

“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

2. Ibnul Arabi berkata:

والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها

“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)

3. Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها

“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

4. Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح

“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)

5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:

وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب

“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)



Mazhab Syafi’ie

Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.

1. Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)

4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Mazhab Hanbali

Imam Ahmad bin Hanbal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)

2. Ibnu Muflih berkata:

« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها

“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)

3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:

« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »

“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)

4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب

“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb,)

kafarrah dosa-dosa silamku..


Bismillahirrahmanirrahim...



Di pagi subuh yang hening penuh kesyahduan.. di kala hamba yang beriman bangun dan mempersiapkan diri untuk sujud kepada Sang Khaliq.. terlihat seorang muslimat yang terlantar di atas katil sedang menggigil tubuh badannya.. peluh menyimbah ke seluruh tubuh.. hatta bilik itu menggunakan penghawa dingin.. tidak mampu menyejukkan diri si muslimat itu.. terpamer kekerutan pada wajah itu..

     Rupanya dia sedang menanggung kesakitan yang teramat.. tetapi dia masih mampu tersenyum.. lidahnya di basahi dengan zikrullah.. Allah.. Allah.. aku percaya ini bahagianku.. aku tahu ini kafarrah bagi segala doasaku.. kesakitan yang di tanggung oleh cinta hatiku Rasulullah s.a.w jauh lebih perit dari yang aku alami sekarang.. bahkan kesakitanku hanya secebis di bandingkan dengan baginda sepanjang dakwah dan perjuangan memperjuangkan Islam dan meningkatkan cinta buatMu Ya Rabb...

     Bermula demam yang melanda diriku.. seluruh tubuhku sakit-sakit, rasa bagai di cucuk belati dan duri.. perit terasa di kala aku cuba kuat untuk mempertahankan diri dari terus terbuai dengan kesakitan.. aku tidak boleh terlalu memanjakan diri ini.. kena kuat! mesti kuat! kan nak jadi muslimah yang cekal.. mana boleh lemah.. tak boleh layan sangat kesakitan tu.. nanti lagi rasa lemah badan tu..

     Ma datang.. terlihat keresahan pada wajah yang penuh keibuan itu.. adik sakit lagi ya? umm.. Allah.. kita pergi hospital ya.. terukir senyuman di wajahku.. tak pa ma.. adik mampu lagi ini.. adik nak kuat! kan dah janji tak mau lemah.. :') , .. Ma masih merenung diriku.. terpamer kerisauan di wajah bondaku itu.. Ma.. trust me okay.. i will be fine.. insyaAllah.. ini semua kafarrah dosa-dosa silam adik.. adik berdosa pada Allah Azza Wa Jalla..

     Adik berdosa pada ma dengan appa.. adik tak dengar cakap ma dengan appa dulu.. adik keraskan hati dari menerima Islam yang sebenarnya.. adik biarkan diri terjebak dalam dosa-dosa dan kerja yang tidak berfaedah.. adik lalai.. adik tak cuba untuk berubah pun! maafkan adik ya ma.. ampunkan segala dosa-dosa adik.. ma.. adik tahu masa adik dah tak banyak.. tapi izinkan adik untuk terus menyambung pengajian di kolej ya ma.. izinkan adik bersama yang lain untuk menegakkan Biah Solehah di kolej itu..

    Ma.. kalau diizinkan Allah.. pasti akan jumpa penawar bagi kesakitan yang di alami oleh adik ini.. adik dah penat berulang alik ke hospital dan klinik.. duit kita dah banyak habis.. tapi kesihatan adik makin memburuk.. memang di hadapan sahabat-2 dan semua orang adik mengukirkan senyuman.. sedangkan waktu itu kesakitan datang membuatkan adik hampir rebah.. tetapi adik tetap bertahan kukuh.. agar tak terlihat kesakitan yang adik tanggung sepanjang hari-hari adik di kolej..

     Bondaku noraini sudin.. izinkan adik lelap sekejap ya.. airmata hampir menitis.. adik nak rehatkan diri sekejap.. mana tahu adik dapat mimpi syurga.. seperti selalu di pesan oleh abang buat widanya ini.. adiknya yang banyak kekurangan ini.. ma.. ana uhibbuki fillah.. adik cintakan ma dengan appa kerana Allah.. maafkan adik ya ma.. maafkan adik.. :')

Ya Malik.. sesungguhnya Engkau Maha Agung.. sembuhkanlah penyakit hambaMu ini..
Ya Ghaffar.. sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.. ampunkan dosa-dosaku..
Ya Alim.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terjadi pada diriku ini..
Ya Mu'iz.. Engkau Maha Mulia.. muliakanlah diriku ini di sisiMu kelak.. aku ingin menjadi hambaMu yang beriman..
Ya Hakam.. Engkau Maha Penghukum.. hukumlah aku jika ini mampu menggugurkan dosa-dosaku..
Ya Hafiz.. sesungguhnya Engkau Maha Pemelihara.. peliharalah diriku ini agar dapat menjadi mawar agama yang penuh duri..

Amiin Ya Rabb.. 


Tinta Penghijrahan Ku ..


Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah.. aku cuba memperbaiki diri.. aku cuba yang terbaik untuk menghijrahkan diri ini.. Allahurabbi.. sesekali timbul perasaan menyesal kerana aku berniqab terlalu awal sebelum aku meniqabkan hati dan diriku ini.. hanya Allah Maha Mengetahui rasa hati ku di kala ini.. seharusnya aku memperbaiki dalamanku, tutur bicaraku, ikhtilatku sehinggalah aku menjadi muslimah Islam yang sebenarnya.. Aku kene belajar untuk menjaga pandanganku.. 

Ya Rabb.. izinkan aku melabuhkan cintaku hanya untukMu.. izinkan aku merasai kemanisan iman yang sebenarnya.. cukuplah setelah aku lalai.. aku menutup aurat dengan sempurna bahkan meniqabkan wajahku.. tetapi aku lalai dalam menjaga dalamanku sehinggakan ikhtilatku tidak terjaga.. tutur bicaraku kuat bersama gelak tawa antara muslimin dan muslimat.. Allah.. Allah.. aku terfikir tidak mungkin akan ada cerita-cerita yang kurang baik tentangku jika aku tidak melakukannya..

Ya Quddus.. tersentak aku di kala aku sedang muhasabah diri tika ku sendirian di asrama ini.. aku yang mengundang dan membuka jalan fitnah ke atas diriku sendiri.. aku yang lalai dalam hari-hari ku.. aku tidak ingin untuk menjadi lebih baik daripada semalam.. Allahurabbi.. sebaknya hati ini.. aku ingin melepaskan segala rasa ini Ya Allah.. agar aku dapat melahirkan diri ini dengan iman dan cinta yang tidak berbelah bagi hanya untuk Pemilik Cintaku iaitu AL-'AZIM .. 

Ya Latif.. lembutkan hati ku ini untuk mengejar cintaMu.. lembutkan jiwaku ini untuk meraih redhaMu.. aku ingin menjadi sekuntum mawar agama yang penuh duri agar aku terpelihara sehingga ajal menjemputku.. meskipun hidup ku tidak lama lagi.. tapi aku akan tetap memperjuangkan Islam yang menjadi agama syumul buat semua umat Islam.. aku ingin menghijrahkan dalaman ku ke jalan Allah yang selurusnya.. aku ingin menjadi srikandi Islam .. aku ingin menjadi solehah seperti para sahabiah di zaman Rasulullah s.a.w.

Ya Ghafur.. ampunkan segala dosa-dosa besarku dan juga dosa-dosa kecilku.. ampunkan dosa kedua ibu bapaku.. kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku semasa kecil.. ampunkanlah dosa ahli keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, orang-orang kesayanganku dan sekalian muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang sudah pergi mengadapMu Ya Ilahi..

Ya Hamid.. jadikanlah aku insan yang terpuji.. tarbiyah la diri ini secara halus dan perlahan.. agar aku mampu mempertahankan segalanya sepanjang hayatku.. biarlah aku melalui sisa-sisa hidupku dengan meletakkanMu di tempat yang tertinggi di hatiku.. izinkan aku untuk ubah diri ini.. daripada yang sekarang menjadi solehah dalam erti kata yang sebenarnya.. bukan solehah hanya pada pakaianku.. tetapkanlah hatiku ini agar terus melangkah menujuMu Ya Allah.. alhamdulillah.. Amiin Ya Rabb..


Aku sangat mencintaimu Ya Rasulullah...


bismillahirrahmanirrahim...

Allah.. Allah.. menitis air mata ini.. sebak sangat diri ini.. aku rindukanmu Ya Rasulullah.. aku mencintaimu.. sangat mencintaimu Ya Rasulullah.. alhamdulillah.. bersyukur sangat kerana aku lahir sebagai umatmu.. :')



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin
kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang
membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani
ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada
Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya
baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu
hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang
menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di
dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan
ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah
menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.


Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan
apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang
amat lemah.


'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti
ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuat kan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai
Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:


'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada
di dalamnya,'
 kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail
melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah
ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat
lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya

menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya
Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.


'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,'
kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh,
karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nya maut ini,
timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.'


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku,
peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.



'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah
hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa
baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..

credit to http://gewaardeerde.blogspot.com

~ Salam Imtihan buat Pelajar KUISAS ~


Bismillahirrahmanirrahim...

Allah doesn't require you to be the BEST
He just want you to do your BESTand He'll take care of the rest..insyaAllah
ALL THE BEST to all of us! 


"...kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kpd
Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yg bertawakkal." (Al-Imran:159)
"...And when thou art resolved, then put thy trust in Allah. Lo! Allah loveth those
who put their trust (in Him)." (3:159)
~Hope for the best and may success be on our side. No matter what happens, never let the spirit dies. Ultimately, may Allah guide all our hearts closer to truth! insyaAllah..

BITTAUFIQ WANNAJAH^^

uhibbuka fillah


Bismillahirrahmanirrahim ...



Soleh.. semoga dirimu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t..
Doaku sentiasa mengiringi setiap langkah dan helaan nafasmu..
Semoga dikau selamat dan bahagia ya..
Maafkan wida ya.. sebab dah tak dapat kongsi beban yang kamu tanggung..

Ya Rabb.. sampaikan rindu ini buat solehku..
Wida sentiasa doakan kamu melalui sujudku kepada Sang Khaliq..
Soleh.. apa khabarmu? sihatkah engkau? bagaimana harimu?
Hari-hari itu yang menjaadi tanda tanya di benak wida..

Soleh.. maafkan adik kesayangan mu ini ya..
Maafkan segala salah dan silap wida ya..
Apapun you are the best things that i ever had in my life..
Alhamdulillah Ya Allah.. kerana menganugerahkan solehku ini..
Walaupun untuk seketika cuma.. itupun dah cukup buat wida..

Menitis airmata ku, 
Hilangnya sahabat sejati..
Yang diam dikau pun merindu, 
Persahabatan abadi..

Setiap detik teringatkan dikau,
Walaupun kau pergi membawa diri..
Kasih sayang kita tidak terjangkau,
Ditemukan impian yang murni..

Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu





Ya Allah.. aku lemah..


Bismillahirrahmanirrahim ...

Tika coretan ini ditulis.. air mataku terus mengalir di pipi.. sebak hati ini Ya Allah.. aku lemah Ya Allah.. aku tak mampu untuk terus kuat.. aku hampir rebah Ya Allah.. bantulah hambaMu ini..

Dia.. telah jauh.. Dia.. hanya tinggal nama dan kenangan di hati ini.. Allah.. ini ujian dariMu.. aku akan cuba untuk melaluinya dengan tabah..



Buat Adam Kesayanganku ...

Soleh.. saya minta maaf.. saya tak dak niat sedikit pun untuk melukai kamu.. saya tak sangka hal ni boleh jadi isu hingga sebesar ini.. kita dah macam saudara kandung.. hari-hari saya ditemani oleh kamu bersama Allah yang sentiasa dihati.. alhamdulillah..

Soleh.. saya minta maaf banyak-banyak.. saya sangat terluka bila tengok kamu macam tu.. saya dah hilang soleh saya. saya dah hilang kekuatan saya.. ia turut pergi bersama kamu.. saya rasa bersalah sangat.. saya hanya mampu doakan kamu dan keluarga kamu supaya sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t

Soleh.. andai saya tahu akan sampai macam ni.. awal-awal lagi saya takkan muncul dalam hidup kamu.. saya takkan cuba pun untuk jadi sesiapa dalam hidup kamu.. soleh.. maafkan saya ya.. sebelum ni anytime kalau saya cari kamu. kamu mesti akan teman saya.. bilaa saya sakit kamulah orang yang sangat risau.. bila saya sedih kamu yang akan buat macam-macam supaya saya tersenyum kembali..

Soleh.. saya takkan cuba pun untuk muncul dalam hidup awak lagi.. maafkan segala salah dan silap saya ya..



Abang adalah muslimin soleh pertama yang bawak dan ajak wida ke jalan Allah.. dan yang paling penting sebab abang adalah ADAM KESAYANGAN wida.. 

Allah hadirkan abang di saat wida mula nak berubah dan mencari redha Allah.. Abang hadir dengan penuh keceriaan.. Abang sabar layan segala kerenah wida.. abang setia teman wida walau di mana dan pada waktu bila pun.. Abang layan wida dengan penuh kelembutan.. Abang tegur wida dengan penuh kehalusan.. Abang tak abaikan wida walau sesaat cuma.. Abang sentiasa jaga dan care tentang wida.. Abang sentiasa tersenyum bila dengan wida.. Abang tak pernah lukakan wida.. Abang akan buat macam-macam cara bila wida merajuk.. Abang kekuatan bua wida.. Allah pinjamkan kekuatan itu melalui abang.. alhamdulillah...

Abang dah macam sebahagian dari diri wida.. bila jadi macam ni wida lost! wida hilang tempat bergantung.. perit sangat! sebak sangat.. Allah ja tahu macam mana wida lalui semua ni.. wida tak kejam untuk terus stay di sisi abang.. wida tak nak jadi fitnah terbesar buat abang.. wida tak nak pentingkan diri.. wida perlu fikirkan masa depan abang..

Yup wida admit! susah untuk wida bangun.. wida tak kuat seriously! wida tak dak tempat untuk berpaut pun.. hanya Allah yang sentiasa ada di sisi wida.. Allah rindukan wida untuk mengadu padaNya.. sebab tu Allah uji wida macam ni.. its hard for me.. but i need to face it! to through it! 

Bukan senang widaa nak kuat.. bukan senang wida nak lalui semua ni.. ia akan mengambil masa.. bukan sehari dua.. bukan sebulan dua.. mungkin lebih bertahun.. ataupun wida terpaksa bayar dengan seumur hidup wida.. maafkan wida ya abang.. maafkan wida..

wida lepaskan abang pergi dengan bismillah... Allah.. Allah.. sebak hati ini.. hancur luluh jiwaku..
Ya Allah.. aku menyayangi hambaMu ini.. rahmatilah dia sekeluarga.. lindungilah walau kemana dia pergi.. pinjamkanlah secebis kekuatanMu buat solehku ini.. agar dia tabah untuk melalui segala dugaan dan ujian yang Engkau berikan padanya.. pautlah dia apabila dia hampir rebah.. agar dia rasa dipeluk olehMu.. dan terus memperjuangkan agamaMu dan menuju keredhaanMu..

Ya Rabb.. sampaikan rindu aku padanya..
Ya Rabb.. peluklah hatiku ini.. agar aku dapat melalui ujianMu..
Ya Rabb.. pimpinlah diri ini.. agar aku menuju ke jalanMu..
Ya Rabb.. aku tak mampu.. aku hampir rebah.. kuatkanlah aku Ya Allah..
Ya Rabb.. aku bertaubat dari dosa-dosaku.. ampunilah hambaMu ini..
Ya Rabb.. izinkan aku mencintaiMu lebih dari apapun..
Ya Rabb.. pautlah aku.. bimbinglah aku.. aku lemah tak berdaya..




~ PERTANDINGAN PIDATO ~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. sekarang ni tengah siapkan assignment yang berlambak! hoho.. sambil berlatih pantun untuk pertandingan PESTA PANTUN BESTARI di UKM pada bulan April ini.. penat toksah cakap la kan! hah sekarang NJ tengah siapkan kerja dan memo untuk program PERTANDINGAN PIDATO anjuran USULUDDIN,COUNCELLING,COMMUNICATION SOCIETY (UCCS) .. Allah.. letih sikit tapi tak pa! time ni la nak kutip pengalaman kan :)
beberapa design memo/iklan untuk program tu nanti.. :)

Tarikh   : 13 FEBRUARI 2013 (RABU)
Masa    : 3 PETANG
Tempat : LOBI PENTADBIRAN






~ Kasih Ibu Till Jannah ~


Bismillahirrahmanirrahim...

Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya bahawa taraf seorang ibu itu adalah tiga tingkat lebih tinggi daripada seorang ayah. Malah di dalam al-Quran sendiri, ALLAH  meletakkan ketegasan iaitu:

“Dan TUHANmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-NYA dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya.

Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai TUHANku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” - Al Israa’: 23 dan 24

 Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.



Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

Kasihnya seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu untuk kita mengukurnya. Bak umpama air dicincang tidak akan putus, begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ibu.

Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayangmu ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hatimu bersedih, dikau sanggup menyembunyikan kesedihanmu itu demi membuatkan anak-anakmu bahagia. Gelak tawa anak-anakmu adalah penawar segala kepahitan yang dikau alami. Ibu, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku. Ku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi Allah SWT.Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandanganAllah.

 Akhirnya, sebagai kesimpulan hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup. Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu, tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya.Siapa induk itu? Induk itulah ibu.Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah.Muliakanlah ibu-ibu kami.


My Feeling
Ya Allah.. alhamdulillah. aku sedang bahagia.. aku tahu ini adalah ujian kebahagiaan untuk aku.. aku sentiasa doakan yang terbaik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...