Ya Allah, Ai Shi Te Ru





Bismillahirrahmanirrahim...



Ai shi te ru ialah perkataan bahasa Jepun yang bermaksud 'aku cinta padamu'.Dalam bahasa Inggeris ia disebut 'I love you' manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut sebagai 'Wo ai ni'.




TANDA CINTA

Mark Twain pernah berkata,"Cinta bukan kepercayaan tanpa bukti, tetapi kepercayaan tanpa syarat."

Ini bermakna, setidak-tidaknya kita mempercayai dirinya walaupun kita tahu si dia bukan orang yang baik.Tetapi kepercayaan itu diletakkan kerana cinta.Oleh itu, apabila kita menyatakan cinta kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan tanda-tandanya.

Ibnu Qayyim menyatakan dalam bukunya 'Rindu & Cinta Menurut Islam', beberapa tanda jatuh cinta yang di alami oleh manusia adalah,

     Banyak mengingati orang yang di cintai, membicarakan tentangnya dan sentiasa menyebut namanya.

     Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang di cintai dan mendahulukan segala keperluannya.

     Memerhati kata-kata orang yang di cintai dan mendengarkannya.

     Mencintai segala perkara yang di cintai sang kekasih.

Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya tetap juga cinta.Ringkasnya, apabila kita jatuh cinta dengan Allah, kita pasti mengingatinya, tunduk dan patuh pada semua perintahnya, memerhati dan mengikut setiap peraturan-Nya dan mencintai segala perkara yang di cintai oleh Allah dan itu yang kita sebut sebagai tanda-tanda cinta kepada Allah S.W.T.



BUKTI CINTA

Sekiranya cinta kepada Allah, maka ia perlu di sertakan dengan bukti.Lalu, bagaimana nbukti itu dapat di tunjukkan?

Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia

Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya.Hatinya tenteram dan berbunga-bunga apabila terfikir mengenai sang kekasih.

Begitu juga cinta kepada Allah.Manusia yang jatuh cinta kepada Allah akan sentiasa mengingati dan merindui Allah.Dalam surah ar-Ra'du Allah menjamin manusia yang mengingatinya,

   " Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang "

Ini adalah jaminan daripada kekasih kepada kekasihnya.Ini menjadi bukti Allah akan membalas perasaan cinta manusia sebagai hamba kepada penciptanya.

MENURUT SEGALA KEMAHUAN SANG KEKASIH

Realiti orang bercinta biasanya akan menurut segal kemahuan sang kekasih walaupun mereka kekurangan wang pada masa itu.

Ini dianggap sebagai bukti cinta sama ada pasangannya benar-benar mencintai dirinya atupun tidak.Ini bermakna, bukti seseorang itu mencintai Allah ialah kita mengikuti segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.Allah menyatakan,

     " Orang yang beriman itu kuat kecintaannya kepada Allah "
                                                                                                    (Surah al-Baqarah, ayat 165)

Ini bererti, syarat utama mencintai Allah ialah mempunyai iman di dalam hati.

KESIMPULAN

Hakikatnya mencintai Allah lebih mudah daripada mencintai manusia. Allah tidak mahukan harta kita kerana Allah pemberi rezeki.Bahkan kita yang di tuntut supaya meminta sesuatu daripada Allah melalui doa.

Menurut Doktor Norman V.Peale, doa adalah kekuatan terbesar dalam memecahkan masalah peribadi seseorang.Ada kekuatan dahsyat yang terkandung dalam doa.

Jadi tidak hairan sekiranya mereka yang mencintai Allah sentiasa berada di dalam kesejahteraan hidup kerana kekasih hati sentiasa bersedia mengabulkan segala permintaannya. Oleh itu, tadahkan tangan dan ucapkan ai shi te ru kepada Allah. Semoga dengan cara itu, kita tergolong di kalangan hamba yang di cintai oleh-Nya.


- GIVE & TAKE antara HAMBA & PENCIPTA


SURAT CINTA BUAT CALON SUAMI






Bismillahirrahmanirrahim...






Wahai adam…
Siapapun engkau yang nantinya akan membawa sepotong sayap ku, dan menyatukan kembali potongan sayap yang sempat  berkelana mencari sekeping hati, untuk mengisi  dan menyatukan kembali kepingan hati yang belum sempurna. Diri ini yakin  kau adalah  insan pilihan yang disiapkan Allah untuk ku.
Meskipun orang-orang bilang ini belum nyata, namun hatiku kuat mengatakan sepotong sayap itu adalah milikku.

Wahai adam…
Jika  aku bisa menukarkan diriku untuk menjadi sesuatu, maka aku akan menukarkan engkau menjadi ayat suci dan menjadikan aku sebagai terjemahannya. Agar aku dapat menemanimu dikala  orang menyapamu serta mampu memberikan penjelasan bagi yang belum memahamimu.



Wahai adam….
Kita akan berjuang bersama, berganding bahu menuju keredhaan Ilahi. Jika suatu saat nanti  kepingan hatimu mulai terkikis, bicaralah padaku. Agar aku dapat menutupnya kembali dengan  kepingan hati  yang aku punya.

Wahai adam……
Ceritakanlah padaku, jikalau engkau mulai tersasar dari jalan yang lurus. Kerana aku akan cuba membantumu untuk kembali ke jalan yang di redhai. Jika aku salah mengikutmu, jangan takut untuk mengingatkanku. Kerana aku sebahagian dari tulang rusukmu.

Wahai adam…
Aku bukanlah makhluk yang sempurna di mata Allah dan dimata dunia,  tapi aku  akan mencuba untuk menjadi sempurna dimatamu.  Jika  Allah mengatakan  “isteri yang solehah adalah isteri  yang patuh terhadap suaminya”, semoga sebutan itu dapat engkau berikan padaku.
Aku tidak akan  mencintaimu kerana kelebihanmu,  tapi aku akan belajar juga mencintai kekuranganmu. Dan aku juga tidak akan menyuruhmu untuk menjadi  seperti yang aku inginkan, kerana aku ingin mencintaimu seutuh dirimu. Bukan bagian dari diriku yang aku tuntut untuk ada dalam dirimu. kerana cinta itu manjadikan engkau adalah dirimu, bukan menjadikan engkau seperti yang ku mahu.



Wahai adam …
Jika  engkau  merasa lelah, akan  ku berikan bahu ku untuk engkau jadikan sebagai tempat  bersandar. Akan ku hapus air matamu hingga engkau terlelap.Akanku bacakan kitab suci untuk menghantarkan  engkau  dalam mimpi indahmu.
Aku ingin menjadi seperti Aisyah, seorang isteri yang paling berjiwa mulia, dermawan, dan sabar dalam mengarungi kehidupan bersama Rasulullah, seperti Khadijah yang sangat dicintai Rasulullah dan seperti  Fatimah  yang dijadikan satu-satunya  oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib.

Wahai adam…
Aku mencitaimu kerana Allah.
Siapapun engkau, aku berharap engkau dapat membimbingku kejalan Allah. Kita akan menghadapi semua  godaan dunia. Bersama  berjuang untuk memperoleh darjat taqwa dimata Allah. Hingga menuju surga-Nya. .
InsyaAllah.. Aminn...



SEBELUM KAU MENJADI YANG HALAL BUAT KU






Duhai Calon Imamku yang Tertulis Di Lauhul Mahfudz yg masih menjadi Rahsia Ilahi...Aku akan berusaha mencintaimu dalam setiap sujud gelap malamku,dalam setiap tasbih cintaku..Aku akan berusaha mencintaimu dalam diamku,tanpa merosak Izzah dan Marwah diriku...jagalah aku bila engkau benar mencintaiku kerana Allah..Kerana cinta tidak akan saling merosak tapi saling menjaga...Cintailah aku tanpa harus mengurangi rasa cintamu pada Sang Khalik,bila saatnya nanti...ku tunggu engkau dalam gerbang ke-halalan yang akan kita bina bersama & menjalani hidup dalam meraih redha-Nya..Sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku menjaga cinta yang kita bina kerana Allah ... :)


Bismillahirrahmanirrahim...



Assalamualaikum wbt,
Bakal Zauj ku,
Sebelum Engkau menjadi yang halal buat ku…
Izinkan aku menyampaikan amanat ini…



Janganlah meletakkan kerinduan mu pada ku melebih kerinduan mu pada Penciptamu,

Janganlah membiarkan dirimu hanyut dengan lamunan mu yang indah, tetapi hanyutkanlah jiwamu dengan Ayat-ayat Cinta dariNya,

Janganlah engkau menelefon ku sekiranya tiada yang mustahak,
Kerana aku menyimpan suara ku ini hanya utk mu setelah akad,
Janganlah menghubungiku melalui SMS dan email yg akan memenuhi inbox ku,
Usah ditanya ttg perkhabaran daku, kerna aku tidak memerlukan 'concern' mu lagi pada waktu ini,

Simpanlah dia bilamana diriku sudah menjadi yang halal utk mu,

Biarkan aku sakit, kerna aku yakin itu adalah kaffarah dosa-dosa ku yang terlalaikan akan perintah Khaliq ku.



Usah dikejutkan aku pada waktu Tahajjud, tetapi, kejutkanlah diri mu sendiri demi mengharapkan keredhaan Allah,

InsyaAllah, jika kamu beristiqamah dengan Tahajjud & Qiam, Allah akan anugerahkan kamu dgn zaujah yang juga seperti mu.

Usah dirisau & bimbang andainya daku tidak bangun berTahajjud, tetapi risaulah bilamana diriku setelah menjadi milikmu, tetapi tidak pula mendirikan Qiam itu…

InsyaAllah, diriku juga berusaha beristiqamah bukan utk kamu, tetapi utk Kekasih abadiku…





Usah disuruh aku membaca Al-Quran kerna aku khuatir yg aku lakukan nanti itu bukan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Usah dibimbanginya… kerna hati pemberian Allah ini adalah hati yang mudah lunak & mencintai ayat-ayatNya…

InsyaAllah, selagi Allah tidak memesongkan hatiku, aku masih berpegang teguh dengan tali Allah.

Namun, berdoalah selalu agar bakal zaujah mu ini menjadi zaujah yg solehah dan taat akan perintah Allah.


Untuk itu, selagi mana engkau belum menjadi yg halal buatku, buatlah perkara-perkara yg halal yg dapat menambah ketaqwaan kamu kepada Allah.


Jadilah Mujahidin yg sebenar! Perbetulkan niat mu, jelaskan halatuju mu… aku pasti kamu akan mengejarnya melebihi dari apa kenikmatan didunia ini. Sesungguhnya, Mati itu benar! 


Syurga dan Neraka itu benar! Perdengarkan firman-firmanNya dlm jiwa mu, insyaAllah, kamu akan sentiasa berada dalam landasan yang benar untuk duniawi & ukhrawi. Amin…


Ikhlas,
Bakal Zaujah mu...





                                                           
                   
                                                                                                             

HUKUM BERTEMU TUNANG



Bismillahirrahmanirrahim...



 Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah  S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan :  Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah  S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan : 
 Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah  S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan : Adakah engkau telah melihatnya? Jawab lelaki itu : Belum. Sabda baginda: Lihatlah kepadanya sesungguhnya ia akan membawa kepada hidup berkekalan antara kamu berdua.
    Tujuan melihat tunag ini adalah untuk mlahirkan perasaan kasih sayang antara kedaua tunangan itu. Ia merupakan asas perkenalan antara keduanya sebelum melangsungkan perkahwinan nanti. Masing-masing berpeluang mengenali secara lebih dekat antara satu sama lain sehingga timbulnya perasaan puas hati dan redha dengan pilihan yang dibuat bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku selepas perkahwinan nanti.
    Diharuskan kepada tunag lelaki untuk melihat kepada muka dan kedua tangan tunang perempuannya. Pada muka adanya rahsia berkaitan dengan keelokan dan kecantikan. Manakala pada tangan pula tersimpan rahsia tentang kesuburan tubuh atau pun tidak. Diharuskan untuk ibu dan adik beradik perempuan bagi tunang lelaki untuk melihat kepada anggota yang lain daripada muka dan tapak tangan bagi mengetahui apa sahaja yang mereka kehendaki. Pada tunang perempuan pula diharuskan melihat anggota selain aurat pada tunang lelakinya.

 Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah  S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan : 
 

    Perlu difahami bersama bahawa hukum tunang sebelum berkahwin adalah masih asing bagi tunang lelaki begitu juga sebaliknya. Sebarang pertemuan yang bertujuan untuk menjaga ikatan ke arah membina rumahtangga yang aman dan soleh selepas kahwin nanti adalah diharuskan. Berkesinambungan daripada inilah maka diharuskan tunang lelaki untuk bertemu dengan tunang perempuannya walau pun berlakunya kekerapan.
    Tunang lelaki juga diharuskan duduk bersama dengan tunang perempuannya dalam rumah keluarganya atau pun keluar bersamanya dengan syarat ditemani oleh adik beradik yang telah baligh samada lelaki atau perempuan bagi mengelakkan berlakunya khalwat atau bersunyian antara keduanya samada dalam rumah atau tempat umum.
    Diharamkan keduanya berada dalam keadaan khalwat kerana kedua-duanya masih dikira asing kerana belum dikahwinkan. Kedua-duanya dibenarkan bercakap apa sahaja selagimana menjaga adab Islam dan jauh daripada khalwat.Selepas berlangsungnya akad nikah maka segala yang diharamkan sebelum kahwin telah dibenarkan.Kita juga dibenarkan duduk bersama saudara ipar selepas akad nikah dengan syarat mereka memakai pakaian mengikut kehendak syarak.
    Inilah dia peradaban Islam yang begitu menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan walau pun sudah bertunang bagi mengelakkan zina dan seumpamanya yang akan menyebabkan berlakunya perkara yang lebih teruk dan merbahaya lagi.
rujukan:
http://darululumonline.wordpress.com/2009/02/09/hukum-bertemu-tunang/

RAMADHAN AL-MUBARAK BULAN PENUH KEBERKATAN




Bismillahirrahmanirrahim...

Ramadhan Al-Mubarak menjelma lagi.Seperti namanya bulan ini memang di berkati Allah dan Dia memenuhinya dengan pelbagai keberkatan.Di antara gambaran luar paling menyerlahkan keberkatan itu ialah betapa bersemarak dan makmurnya Ramadhan dengan segala kelainannya berbanding bulan-bulan lain.

Ketekunan dan keghairahan umat Islam menyempurnakan pelbagai amal ibadah bagaikan mencapai tahap puncak di bulan yang mulia ini.Walhal semua tahu betapa amal ibadah untuk taqarrub ilallah merupakan satu tuntutan kepada kita disepanjang kehidupan tanpa dikhususkan pada bulan-bulan tertentu.

Pun begitu, kita turut diajar bahawa setiap amal ibadah itu ada tingkatan ganjaran berbeza mengikut masa dan tempat ia dilaksanakan.Solat di rumah umpamanya tidak sama darjah ganjaran berbanding solat di masjid.Begitulah juga apabila solat yang sama dilaksanakan di Masjidil Haram Makkah, ganjarannya tidak sama.Lebih tidak sama lagi sekiranya dilakukan di bulan Ramadhan.

Begitulah ganjaran tingkatan berbeza yang kita fahami,bagi setiap amal ibadah.Walaupun ia suatu tuntutan sepanjang hayat,dan setiapkali melaksanakannya kita di beri jaminan ganjaran "keuntungannya" menjadi lebih berganda apabila datangnya musim-musim utama seperti Ramadhan.Ada keistimewaan dan kelebihannya tersendiri yang telah di jamin oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya bagi setiap amal pada bulan penuh barakah ini.

Sebab itu Islam menggalakkan umatnya mempertingkatkan amal ibadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ia datang hanya sekali dalam setahun.Peluang ini tidak wajar dibiarkan berlalu tanpa kita mengambil segala daya usaha mengoptimakan manfaat kehadirannya.

Selain menyempurnakan amalan puasa yang wajib,perbanyakkanlah amalan-amalan sunat,terutama yang kerap disenaraikan para Ulama' bersandarkan apa yang pernah di contohkan oleh Rasulullah s.a.w terlebih dahulu.Antaranya seperti beriktikaf di masjid,memberi makan orang berbuka,solat taraweh,bersedekah, membaca  Al-Quran,bertadarus,qiamullail,berzikir,beristighfar,mengerjakan umrah,mohon syurga dan minta agar dajauhkan dari neraka.

Maka ucapkanlah ahlan wasahlan ya Ramadhan Al-Mubarak.Semoga kehadirannya benar-benar memberi keberkatan kepada kita semua.


'KEPIMPINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BUKAN KEHORMATAN'

Nawawi Abdul Rahman (Al-Faqir Ilallah)
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),Kolej Islam Darul Ridzuan, Sesi 2012/2013
FB: Nawawi Abdul Rahman (Uwais Al-Qarni)
Emel: musafir_siasah@yahoo.com


Credit to: http://nawawiabdulrahman.blogspot.com/



PERTAMA KALI MENJALANI IBADAH PUASA TANPA FAMILY TERSAYANG




Bismillahirrahmanirrahim...

Hari pertama alhamdulillah puasa berjalan lancar.Allah s.w.t telah  meminjamkan secebis kekuatan-Nya untuk  hamba-Nya yang lemah ini.Tambahan pula tanpa keluarga.Selama 17 tahun menjalani ibadah bersama.Tapi apakan daya, anakmu berjuang untuk menuntut ilmu.Masa inilah ana kena belajar berdikari.Dah tak boleh harapkan orang lain.Dah tak boleh nak manja sangat.Satu hari ni,washing machine rosak.Pertama kali kena basuh baju pakai tangan.Stok seminggu pulak. MANA PENAT PUN KAN!! Huuuu cerita dekat parents.Depa boleh gelak.Tak pa.Salah sendirikan hehe.Sabar jela.

Menu berbuka hari pertama dan sahur hari kedua.Sahur hari pertama pukul 12 midnight hehe..



air neslo,milo,laici and blackcurrant.
Style kot bekas kami haha.




ni sahur pagi tadi.Pulun la pi cafe pukul 5.
Tak buka pun.Huuuu sedih..Last mkn bubur ayam segera la.
Ikan bilis tu my mom yg buat.Tak pa.Janji sahur heeee..

IMAM MUDA






Bismillahirramanirrahim...

Semalam imam muda JABBAR, RAZI, MEGAT dan NAIM datang ke KUISAS. Wahhhhh.. Bangga kot masuk astro. Heee tu pun kalau masuk la.. Memang terbaikkk laa hari ni. Tahniah kepada pihak yang bertanggungjawab. Banyak ilmu yang dapat di ambil daripada mereka semua. 














CERAMAH USTAZ KAZIM ELIAS (IHYA RAMADHAN)




Bismillahirrahmanirrahim...

KEKUATAN KITA ADALAH HAK MUTLAK ALLAH, KITA MEMANG TAKKAN PUNYA DAYA, MELAINKAN DENGAN IZIN-NYA. ANDAI SAAT INI KEKUATAN KITA HILANG, MAKA POHONLAH KEPADA PEMILIK KEKUATAN. MINTALAH KEPADA RAJA YANG TAK PERNAH LEMAH. MINTALAH
"YA ALLAH,AKU LEMAH TAK BERDAYA PADA DETIK INI, IZINKANLAH AKU MEMINJAM SECEBIS DARI KEKUATAN-MU, AGAR AKU TEGAR MENDEPANI UJIAN HIDUP INI."

SELAMAT BERJUANG SAHABAT-SAHABATKU.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN INI.


bersama kak Hairul Mas Baidura.

Panas terik. Macam di gurun sahara.







Al-'Azhamah (KEAGUNGAN)



Bismillahirrahmanirrahim...

KEBESARAN ILAHI PADA TIAP SESUATU

Hanya kepada Yang Maha Pengampunlah tangan-tangan ini ditengadahkan.

Hanya kepada Yang Maha Kayalah lidah-lidah yang penuh permohonan ini digunakan untuk berdoa

Hanya kepada Yang Maha Kuatlah tangan-tangan yang lemah ini dipanjatkan.

Orang yang akan meninggal memuji Yang Maha Hidup.

Orang yang akan tenggelam di lautan berseru untuk memohon pertolongan: "Wahai Yang Maha Agung dan Maha Mulia."

Kalimat dan perkataan adalah bersifat lemah dan tiada apa-apa kuasa padanya.

Bayan dan balaghah serta kalimat perkataan adalah kurang sempurna.

Tidak ada satu pun yang mengetahui tentang besarnya pujian kepada Allah melainkan Dia.

Tidak ada satu pun yang mampu menyelami ilmu Allah melainkan Dia.

Tidak ada satu pun yang mampu mengukur kuasa Allah melainkan Dia.

Tidak ada satu pun yang dapat memuji Allah dengan sempurna melainkan Dia.

- DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI
-Pengarang Buku Best Seller "La Tahzan"

SAHABAT YANG MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T






Bismillahirrahmanirrahim...

Sahabat yang membimbing ana di sini. Dalam mencari keredhaan Allah dan menuju ke syurga dunia dan akhirat. Pertemuan kami sudah di takdirkan. Kami bertaaruf dalam satu keadaan dan perasaan yang sangat bahagia. Tanpa apa-apa masalah. Kami bahagia bersama. UKHWAH FILLAH WAHAI SAHABATKU. 
Syukur di kurniakan insan bernama sahabat sebaik antunna sekalian. Semoga ukhwah ini kukuh dan berkekalan seperti iman kita insyaallah. 


cafe KUISAS. Yg sebelah kiri tu INSYIRAH ADAMI aka MAK LANG.
 Diploma Syariah Islamiah.21.6.1994. Sungkai Perak.

IZYANA AISYAH AZALAN aka KIM NA NA. seorang yg happy go lucky like me.
Diploma Syariah Islamiah. 9.3.1994. Sungkai Perak.

SHAKIRAH ZAINUN aka KIRARA NARUTO. termuda di kalangan kami.
 Diploma Pengajian Islam.20.10.1993. Jitra Kedah.

Yg sebelah kanan SYAZWANI ZUNIDAN aka OH HA NI.
Diploma Pengajian Islam.Selangor.

Sebelah kiri AMALINA YAHAYA. Diploma Kaunseling & Psikologi Islam.
19.7.1994. Jitra Kedah.






My Feeling
Ya Allah.. alhamdulillah. aku sedang bahagia.. aku tahu ini adalah ujian kebahagiaan untuk aku.. aku sentiasa doakan yang terbaik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...