SELOKA 5 PURE SCIENCE 2011



Yo beb mai dengaq ceqita
Sebuah kelas pelik dari biasa
15 puteri berkarisma belaka
4 putera berbakat semua
Semua memang 'HOT' tak tau nak kata

Orangnya cantik sweet lagi
Diimport dari Sabah mari
Dia mengajar subjek Biologi
Itulah Teacher Ng guru kelas kami

Plat KAD kenderaan hari-hari
Orangnya tinggi hensem sekali
Ramai admire di sekolah kami
Itulah Fikri monitor kami

Berlesung pipit di kedua pipi
Time cikgu mengajar tidoq ja qeja
Tanpa dia sunyilah kelas kami
Itulah Wahida assistant kami yang gila

Pengawas bilik BI itulah kerjanya
Kalau nak kenal itulah Hasyira
Tak dak punca jangan dok pi kacau
Kalau marah habis kacau bilau

Che Ejah cute menjadi rebutan
Akibat senyuman yang menawan
Sekali senyum habis perasan
Untuk memikat putera idaman

Dari batu 9 datang mai sini
Naik motor baru dibeli
Kerja melukis menjadi hobi
Itulah Aliff anak Azmi

Faezah dan Liza sehati sejiwa
Ke mana sahaja pasti berdua
Bila berjauhan bagai nak gila
Bab sembang besaq serah kat depa

Dalam kelas selaku bendahari
Orangnya tinggi dan garang sekali
Kalau dia marah nak terbalik kelas kami
Siti Noor Yani nama diberi

Shafinah Azman dari Kuala Sala
Time cuti balik Langkawi
Kalau start wayar jangan kata apa
Bab pangkah orang cool sekali

Nurul Asma nama budak ni
Time sejarah hingaq macam apa lagi
Mulut banyak tidak terperi
Kalau marah pujuklah diri sendiri

Dalam kelas selalu bertanya
Tapi haram tak tau apa
Bab pangkah orang dialah kepala
Itulah Syazwan budak Kota Jaya

Student Chinese kelas kami
Orangnya berkaca mata slim lagi
Harapan guru sekolah kami
Low Yan Yin best student kelas kami

Dua sahabat kemana sahaja
Habibah dan Najihah nama depa
Kalau bermasalah kongsi bersama
Sama menangis sama ketawa

Queen Mushroom Metro kami
Siti Nor Baizuri Pak Mahdir beri
Member kamcing best student kami
Jual ais kacang jadi hobi

Afifah krew dipanggil kami
Bila makan tak dan nak bawa lari
Time Biologi fokus sekali
Maybe dia nak jadi Doktor Gigi

Mohd Harif berkaca mata
Leader Student menjadi jawatannya
Suka senyum tak banyak cerita
Dari Pala Bukit datangnya dia

Di dalam kelas lembut sekali
Oragnya senyap tak banyak bunyi
Tauke nasi lemak Bukit Besar mari
Itulah Aisyah empunya diri

Orangnya kecik molek saja
Mai sekolah dengan adik dia
Suka gelak tak tau punca
Nur Hazwani namanya dia

Harap maaf kalau ada terasa
Kami cipta untuk suka-suka
Sekadar hiburan untuk semua
Menjadi kenangan di Seri Kota



pEnJuAl RoTi



Seorang penjual roti di langgar sebuah bas.Akibatnya,dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang,manakala roti jajaannya bertaburan di atas jalan.Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya,dia terus merintih kesakitan.Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya....
"Ada apa encik?Ada apa?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan,penjual roti itu berkata:
"Adaaa roti kejuuuu...adaaaaa roti coklaaaat..vanilaaa!kaya...semua ada!"

JODOH DAN CINTA


Bismillahirrahmanirrahim...




"Tidak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita cintai.Tidak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita suka.Tidak semestinya kita kenal dengan kepunyaan tulang rusuk kita."

Cinta kadang-kala menyakitkan.Apabila bercinta manusia jadi alpa dan melebihi cinta sesama manusia daripada cinta kepada Allah S.W.T.


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

Jodoh itu rahsia Allah,sekuat mana kita setia,
sehebat mana kita merancang,selama mana kita menunggu,
sekeras mana kita bersabar,sejujur mana kita menerima kekasih kita,
jika Allah S.W.T tidak mengizinkan,
jika termaktub di dalam Lauhul Mahfudz jodoh kita bersama orang lain,
kita tidak akan bersama dengannya.

MUHASABAH CINTA




Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Bertahajjudlah Nescaya Engkau Akan Mulia



"Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya(kepada jiwa)dan lebih tetap betul bacaannya.(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam),kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya"(Surah al-Muzzammil:6-7)


"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga,dengan mata air-mata air terpancar padanya.




(Keadaan mereka di sana)sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang di berikan kepadanya oleh Tuhan mereka.Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja:Masa dari waktu malam,untu7k mereka tidur.Dan pada waktu akhir malam(sebelum fajar)pula,mereka selalu beristighfar kepada Allah(memohon ampun)."(Surah al-Zariyat:15-18)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Tuhan kita turun ke langit dunia setiap malam,ketika masih tinggal sepertiga malam yang terakhir.Dia berfirman:'Siapa yang berdoa kepada-Ku,Aku akan makbulkannya.Siapa yang memohon kepada-Ku,Aku akan memberinya.Dan siapa yang memohon keampunan kepada-Ku,Aku akan mengampuninya."

SENYUM PISANG

Begini ceritanya… Ade sorang makcik ni nama Salmah. Makcik Salmah ni dalam 40-an camtu² la dan takde keje. Satu hari die try mencuba nasib pegi mintak keje as penyapu sampah kat Cyberjaya.



Then bermulalah sesi interview dengan orang yang amek keje tu.
Encik Interview: Hemmm… tengok gaya makcik ni dah sesuai dah keje kat sini. Boleh bagi email?
Makcik Salmah: Ala, saya takde email laa… PC pon tak reti guna.
Encik Interview: Maaflah makcik, sebab nak keje kat sini kena ade email.
Then Makcik Salmah pon kuciwa la dengan interviewnya pada hari itu. Untuk mengubat hati yang lara, Makcik Salmah pon pegi pasar besar, beli sayur-mayur adela dekat 10kg dengan harga RM10. Makcik Salmah pon g la jual sayur-mayur tu dari rumah ke rumah dan dapat untung 2 kali ganda!
Pastu Makcik Salmah jadikan jual sayur tu as keje harian dia. Tiap-tiap hari dia jual sayur sampaikan dia boleh kembangkan bisnes dia tu. Last sekali Makcik Salmah berjaya jadik tokey sebuah pasaraya besar yang ada berpuluh-puluh cawangannya di seluruh negara.
Satu hari, Makcik Salmah menjemput sorang ejen insuran sebab dia nak beli insuran untuk famili dia. Bila semua proses cakap-cakap dah settle dan Makcik Salmah pon dah setuju dengan pakej insurang yang ditawarkan, ejen insuran tu pon mintak email Makcik Salmah.
Makcik Salmah: Errrr….saya takde email la. PC pon tak reti guna.
Ejen insuran itu terkejut sebab Makcik Salmah merupakan big boss kepada pasaraya yang mempunyai berpuluh cawangan di seluruh negara.
Ejen insuran: Puan tahu tak email mempunyai pengaruh yang sangat besar hari ini? Puan tahu apa yang puan boleh lakukan jika puan ada email?
Lalu Makcik Salmah menjawab,
“Jadi tukang sapu sampah di Cyberjaya!”

MENCARI KEREDHAAN

BIAR KEPAHITAN ITU PERGI AGAR KEMANISAN DAPAT MENGISI,
BIARKAN KEKECEWAAN BERLALU AGAR KEGEMBIRAAN MEWARNAI,
BIAR KEGELISAHAN LENYAP,JANGAN KITA HILANG SEMANGAT,
BIAR PENDERITAAN ITU MENYAPA,AGAR KEKUATAN KITA JANA SEMULA,
BIARKANLAH DIRI INI DERITA,AGAR AKU DAPAT MERASAKAN KEPAHITAN ITU,
AGAR AKU SEDAR KESENGSARAAN INI TIDAK SAMA,
BAHKAN SECEBIS DARIPADA PENDERITAAN RASULULLAH S.A.W
TUHAN SESEKALI TIDAK MENZALIMI HAMBA-NYA
TAPI MANUSIA YANG MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI
CAHAYA KELAM PAHALA DOSA BERUPAYA MEMILIHNYA
WALAU KADANG KALA TERSASAR LANTARAN PAUTAN NAFSU
NAMUN PELUANG DARI-NYA SENTIASA ADA,NAMUN KASIH DARINYA SENTIASA MEMAYUNGI
DI TURUNKAN AD-DIN MEMPERHALUSI AKAL,DIANUGERAHKAN AKAL MEMPERHALUSI AKHLAK
DIKURNIAKAN AKHLAK MENCANTIKKAN PEKERTI,MENJA SEBAIK-BAIK UMAT
TUNDUK SEBAGAI HAMBA,BERJALAN SEBAGAI KHALIFAH
MENYUSURI KEHIDUPAN MENCARI SEBUTIR PERMATA 'IMAN'
MENYEMAI SEPOHON 'TAQWA',AGAR DAPAT BERTEDUH DARI KEPANASAN 'NAFSU'
AGAR DAPAT BERLINDUNG DARI ANGIN HASUTAN 'SYAITAN'
DALAM MENCARI "KEREDHAAN ALLAH S.W.T"

NILAI SEHELAI KAIN DI WAJAH INI

Nilai sehelai kain di wajah ini..
Ianya tidak besar, apatah lagi mahal..
Sekeping kain menutupi wajah,
Bukan harganya berjuta-juta,
Cukup dengan sekeping hati yang istiqomah..

Sehelai kain di wajahku ini..
memang tiada harga dimatamu..
Namun ia istimewa pada Rabb pemilik keindahanku..
Bukan pandanganmu yang kucari..
Tetapi cukup dengan rahmat Rabbul-Izzati..

Aku bukan gadis istimewa..
Aku cuma wanita biasa..
Sehelai kain di wajahku ini, bukan bererti aku bersembunyi..
Tetapi aku hanya cuba menjadi..
"Bidadari Allah" di syurga nanti..

Sehelai kain yang membaluti wajahku ini
Bukan sebagai tempat mengharap pujian 'solehah'
Bukan juga sebagai alat sangkaan riak..
Tetapi pemilik nyawaku Maha Mengetahui
Selembar kain ini,
Adalah mahar cintaku padaNya
Dengan pinangan ISTIQOMAH
Berlafazkan "Lillahi Taala"..

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh Ar-Rijjal..
Biarlah wajahku hanya indah di mataMu..
Rabbku menciptaku sebagai berlian yang bersinar
Maka ramailah yang ingin merenggut sinar itu..
Cantikku jangan disentuh..
Cantikku jangan dipandang..
Biarku simpan hanya untuk calon imamku yang tertulis di Lauhul Mahfuz yang masih rahsia Illahi..

Kutunggu engkau wahai pemilik cintaku..
Ku akan berusaha mencintaimu dalam diamku,tanpa merosak Izzah dan Marwah diriku

Sehelai kain di wajah ini..
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..




SUMBER http://syafieka-perindusyurga.blogspot.com/

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN VS RESULT SPM

HALLOOO..MAAF LAMA TAK MENJENGUK BLOG NI..DAH PENUH DENGAN SAWANG HOHO..
BESA LA BUSY SIKIT LANI..TENGAH AMBIK LESEN QETAAAAAAAAAAAA TOINK TOINK...
FAIL JPJ LITAR HAHA..HAQU BETOI ANN..TIME BELAJAQ LITAR OK JA...
JALAN QAYA YANG SELALU SILAP..MAI TANG JPJ..JALAN QAYA BOLEH LEPAIH..
HAHA AZAB GILAAAAAA..MACAM NAK PI BERPEQANG JA..TAK PASAI2 KENA PI BUAT LITAR LEN..
14.3.12 NI PULAK LA..KENA JUMPA JPJ AG LA NAMPAKNYA...
GEQAM GOH AIHHHH!!!!!!!!!!TAPI TAK PA...SEKALI GAGAL TAK MAKNA GAGAL SELAMANYA..
DAH LA KENA KUAQ DUIT AG...HUUUUWAAAAAAAAAA SOBSOBSOBSOB..MENCI TAUUU!!
APAPUN KEPADA SAPA2 YANG DOK AMBIK LESEN LANI...ALL THE BEST PARE(FRIENDS)..
DAH LA 22.3.12 NI RESULT KUAQ...HOHO..DOK CADANG NAK PI AMBIK NEK QETA LA..
BELAGAK BETOI ANN..HAHA WHO CARE RIGHT..JANJI CEKK TAK KACAU OQANG..
AGAK2 CENA RESULT YA..MINTAK LULUIH SEMUA LA NOHHH..TAK MAU ADA SANGKUT..
CEK TAK MAU AMBIK PAPER JULAI...TO ALL CANDIDATES SPM 2011 I PRAY WE GET A GOOD RESULT...
WE CAN GO TO UNIVERSITY AND BE A SUCCESSFUL PERSON..
My Feeling
Ya Allah.. alhamdulillah. aku sedang bahagia.. aku tahu ini adalah ujian kebahagiaan untuk aku.. aku sentiasa doakan yang terbaik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...