Photobucket

"Pada-Mu Aku Berpaut Ya Allah .."


Bismillahirrahmanirrahim ...

Luahan hatiku.. seorang insan yang ingin menuju redha Allah s.w.t.. Aku makin lemah.. Aku tak ingin rebah hanya kerana perkara ini.. Ya Rabb.. bimbinglah aku..



"Aku hanya ingin menangis tersedu di depanMu Ya Allah .."

Ya Allah,catatan sebuah perjalanan hidupku penuh berliku,.. Dalam duduk mahupun berdiri bahkan ketika berlari, ku ingin sentiasa menangis meluahkan padaMu tapi aku tidak berdaya Ya Allah,.. Hanya ketika aku sujud padaMu ku luah segalanya,..

Ya Allah, sejak akhir-akhir ini, hatiku sering sebak dan sering ingin menangis,.. Hanya padaMu aku 
mampu luahkan segalaNya tapi kenapa Ya Allah, perasaan ini masih belum pulih hingga ke saat ini,..

Ya Allah, jatuh dan bangkitku hanya Engkau saja yang tahu.. suka dukaku bersamaMu. Dari insan yang jahil tentang agamaMu. Kini aku kembali ke jalanMu yang lurus.. Aku dalam mujahadah untuk menujuMu Ya Allah.. Aku memohon agar aku terus istiqomah dalam perjalanan ini..

Ya Allah.. sedih hati ini.. aku tidak ingin alpa lagi.. tapi kenapa perlu wujud rasa rindu dan sayang ini.. aku tidak ingin mengharapkan cinta insan yang tak pasti.. Aku hanya ingin meraih redhaMu.. bantulah hambaMu ini Ya Allah..

Aku cuba untuk melepaskan rasa ini, tapi aku belum mampu Ya Allah,.. Adakah semua ini salah aku??? Tolonglah aku, bantulah aku Ya Allah,.. Aku ketawa dan ceria pada zahirnya tapi hakikatnya hanya engkau yang tahu,..

Ya Allah, bagitahulah aku, apa yang perlu aku lakukan,.. Aku benar-benar tidak tahu Ya Allah,.. Bantulah aku Ya Allah,.. Aku ingin lepas dari belenggu rasa ini,.. Ku rasa terpenjara dengan rasa ini,.. Bebaskanlah aku Ya Allah,..

Ya Allah, hanya engkau memahami segalanya dan aku mengharap yang terbaik dariMu untuk duniawi dan ukhrawiku,.. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segalanya,.. Ku mohon pertolonganMu Ya Allah,.. Amin amin amin Ya Robbal alamin,..




Andainya Aku Berbuat Dosa ..


Bismillahirrahmanirrahim ...



Andainya aku berbuat dosa...

Aku akan diharamkan.... 
Daripada mendapat ilmu yang bermanfaat
Aku pasti sentiasa murung....
Dan akan wujud keresahan di dalam hati
Segala urusan yang aku lalui setiap hari 
Pasti dihurung kesusahan dan kepayahan!

Andainya aku berbuat dosa...

Aku diharamkan dari perkara ketaatan.... 
Aku diharamkan dari keberkatan....
Aku terus bergelumang dengan maksiat dan dosa
Sehingga ia jadi kebiasaanku
Dan hatiku diselubungi titik-titik hitam!! 

Andainya aku berbuat dosa.....

Aku diselubungi kelaknatan....
Allah melaknatku.....
Binatang dan seluruh yang ada 
dilangit dan bumi akan melaknatku....
Sedihnya apabila Allah menghinaku
Hati ku merasa bertambah pedih lagi
bila manusia memandang hina padaku....
Hanya kehinaan yang layak buatku
Aduh.....Terasa sempitnya dadaku!




Andainya aku berbuat dosa.....

Doaku terhijab dan terhalang dari dimakbulkan
Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan....
Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku
Tanpa disedari nikmat Allah ditarik dari diriku
Aku dibaluti perasaan takut tidak terperi.....

Andainya aku berbuat dosa....

Aku senang ditawan syaitan yang menggoda
Maka pengakhiran hidupku...
Sudah tentu dalam keadaan buruk dan hina
Akhirnya...
Azab dan siksaan Allah 
Menantiku diakhirat!

Ya Allah....aku ingin bertaubat..
Aku ingin bertaubat.....
Aku menyesal...... 
Diatas segala dosa dan maksiatku
Maka ampunilah aku ya Allah...
Ampunilah......!!


Mengapakah begini?? Caknakah Kita?

Bismillahirrahmanirrahim ...



"Moga Allah redha.", hatiku berbisik menetapkan hati yang gundah gulana.

Langkah disusun,
tangan digenggam,
mata ditancap.

"Assalamualaikum, tuk."

Ku lihat dahinya berkerut,
barangkali aku kelihatan asing padanya,
maklumlah, aku belajar di UK.
Nak jadi orang Masjid tu,
time summer break je la gamaknya.

"Waalaikumussalam. Ni anak sape ni?"

"Anak Rijal, tok."

"Oh, anak Rijal. Ada apa?"

"Ni, saya nak bagi atuk doa tuk Gaza. Harap atuk dapat baca setiap kali atuk imamkan solat kat masjid ni. Kita doa sama-sama tuk saudara kita yang sedang berjihad, ya tok?"

Ok, kali ni aku ternganga.

Bulu keningnya bersambung.

Matanya terjugil.

Uban-ubannya guguh bak sakura di Korea.

Sungguh dramatik.

"Err.. Nak."

"Ya, tok?", aku agak risau melihat wajah di hadapan ku, tanganku mencapai telefon bimbit dalam jubah putihku. Siap sedia nak call ambulans kalau tiba-tiba tuk imam kampungku kena 'myocardial infarction.' Pffft, sempat menyelit 'medical term' terselit di sana.

"Ye tok?", aku mengulang.

"Err... Gaza tu apa? Tema Maal Hijrah kali ni ke?"

Prang prang!

*mendoubleslaptukimamdenganmatakuyangberdarahmenangishiba*

........................

Sungguh, tiada takdir Allah yang sia-sia.
Dan tiadalah satu kebetulan melainkan ditakdirkan Allah.
Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu,
dan tiada apa yang bukan dalam kuasa Allah yang Maha Esa.

Pengeboman Asy-Syahid Ahmad A-Ja'bary telah membuka mata dunia,
bukan sahaja para-para Mujahid Mukmin,
malahan para-para Muslim dan bukan Muslim.

Maka, mulalah pembelekan berjemaah sedunia tafsir-tafsir al-Quran,
yang hard copy dibelek laju-laju hingga terkoyak sedikit di hujungnya.
Yang dalam iPhone dislide full speed hingga terbakar kulit ibu jari.
Yang dalam Note II diswipe sekuat mungkin hingga retak dua.

Takpe takpe,
demi Islam.
Demi saudaraku.
Duit boleh dicari,
ada perkara lebih aula,
yang perlu diaulakan.

Fuh fuh fuh,
dah jumpa!
Ayat ni best ni.
Sat, kena on Facebook dulu ni.
Aku mesti share dengan semua orang.
Ni jihad aku.

"Dan janganlah sesekali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki."

- Ali Imran 3: 169-

"... Dan barangsiapa yang berperang dijalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan Kami berikan pahala yang besar kepadanya.”

- An-Nisa' 4:74-

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka..."

- At-Taubah 9:111-

***

Dan bermulalah jua,
'jihad' yang tersendiri,
di hadapan laptop Alienware,
bertemankan mouse Mouseware.
Semangat masing-masing berkobar-kobar.

Ah, aku kena buat sesuatu ni.
Palestin perlukan aku.
Aku nak jadi perwira Islam!

Ketuk ketuk ketuk.
Cermin mata dipacak.
Keyboard dipalu.

"Ayuh, kita share gambar ni, biar ramai yang cakna akan Palestin!"

Tangan kanan pantas menekan mouse. Ketik ketik ketik.
Tangan kiri tangkas mengepam rokok ke dalam mulut. Puff puff puff.

"Jom, kita tukar DP kita, biar orang ramai tau yang dorang tak keseorangan dalam gerakan hangat ini!"

Mata liar mencari gambar paling comel. Fush fush fush.
Mulut basah kumat-kamit, ah, ni tak comel, nanti tak banyak like. Nom nom nom.

"Mari, kita tukar Cover Photo bersama, kita letak gambar Badut Hidong Bolat Merah pegang senapang macam mafia hancurkan Palestin. Moga ramai yang boikot McD!"

Straw disedut, telan air Coke. Srup srup srup.
Burger Quadraple Cheese Burger McDonald digigit. Nyum nyum nyum.

Eh?
McD?
Boleh makan ke?

Ah, aci redah je la.
Satu je pun.
Aku dah banyak 'jihad' ni.
Aku dah share, aku dah like, aku dah comment.
Aku dah buat status "Free Gaza, Say No to Israel!"
Aku dah tukar default hitam berkubah Aqsa kuning "For Gaza".
Aku dah tukar cover photo yang ada muka Asy-Syahid Ahmad A-Ja'bary.
Cukuplah tu.
Allah dah janji Islam akan menang lagipun,
buat pe risau.
Boleh kan?

Ptuiiihhhh.

...............




Kadangkala, kita terlalu ghairah dengan kata-kata pujukan,

"Takpe guna Facebook, memanglah Mark Zuckerberg tu Yahudi. Tapi kita boleh guna tuk counter-attack dorang balik kan? Kita share la banyak-banyak gambar. Nanti mati la semua Israel Laknatullah tu."

Hingga kita lupa,
yang kita ada tugas yang lebih besar,
dan yang pasti ia bukan di Facebook.

Di dalam bilik,
kita sibuk menghapdet pasal Gaza,
adik kita kat luar sibuk menghapbis McFlurry 5 ketui.

Dekat Facebook,
kita sibuk menukar status "Free Gaza!",
atuk yang solat sebelah kita kat Masjid tak pernah dengar pun Gaza tu apa.
Dia ingat Gaza tu latest trend kat Twitter.
Adeh, atuk oh atuk.

Dalam blog,
kita sibuk taip essay multiinggual essay pasal Gaza,
semua ada, Malay, English, Arabic, Hokkien, Japanese, Korean,
(Sorry to say la, I'm pure Malay. So bear with me.)
Dan kita tak sedar, yang jiran kita kat sebelah tengah sibuk mengecam Palestin sebab serang Israel dengan sebutir roket.

Kita makin lalai.

Kita makin alpa.

Sedar atau tidak,

Kita makin syok sendiri.

Disangka Syurga makin dekat,

ghupenya makin jauh.

Dush.

***

Sudah tiba masanya,
untuk kita bangun,
dan bertugas.

Tiba masanya,
untuk kita walk the talk.
And talk the walk.

Sebarkanlah.
Ceritakanlah.
Caknakanlah.

Masih ramai lagi adik-adik, abang-abang, akak-akak, mak-mak, ayah-ayah, atuk-atuk, nenek-nenek, sepupu-sepupu, makcik-makcik, pakcik-pakcik.
Fuh, letih den nak menaip,

Masih ramai lagi di luar sana,
yang tak sedar.

Dan jika ada yang sedar,
tidak ramai yang tahu.

Dan jika ada yang tahu,
tidak ramai yang faham.

Faham akan tugas masing-masing.
Tugas yang sungguh besar,
dan sangat penting.

Iaitu, pembinaan Ummah.

Bukan dipinta engkau pergi ke puncak KLCC,
dan menjerit, wahai Ummah, bangunlah engkau!

Tiadalah pula diminta engkau berduyun ke Broga,
dan mengangkut banner, Palestine Shall be Free!

Oh tidak,
tidak sama sekali.

Tapi yang lebih penting,
dan perlu diberi urgency,
adalah membina diri dan mereka-mereka yang hati kita saling bertaut.

Kita perlu mengenal erti tajarrud.
Kita perlu beriman dengan Surah Al-Mu'minun.
Kita perlu merasa izzah dengan Islam,
iaitu merasa bangga dengan Islam.

Dan semua-semua ini,
tiadalah mudah.

Kerna, tiadalah kita hendak ke Syurga seorang,
tapi hendak beramai-ramaian,
kita nak bawak keluarga kita, kawan-kawan kita, sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita.

Dan untuk itu,
kita perlu faham.

Akan pentingnya saling mengingati,
dan pentingnya duduk bersama dan beriman sejenak.

Daripada diri yang pabila bersua, bertanya "kau dah makan?",
kita ubah kepada, pabila bersua, bertanya "kau dah Dhuha?".

Daripada diri yang pabila bosan dan nak lepak, "Jom mengeteh sat!"
kepada pabila bosan dan nak lepak, "Jom tadabbur al-Quran sat!"

Daripada diri yang pabila buka Facebook, update status "Arini aku rasa aku comellah."
kepada apabila buka Faceook, update status, "Bangkitlah wahai Ummah! Para Syuhada' sedang menanti kita-kita para Mujahid di Syurga Firdausi!"

Sungguh, jalan Mujahid itu pahit.
Tapi jalan Mujahil itu lebih pahit.

Moga Allah redha akan semua ini.

Petikan aspirasi,
Afiq Sazlan.

Kepadamu Wanita, Agar Dikau Bahagia ♥ ♥

Bismillahirrahmanirrahim ...

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.



Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

DOA untuk GAZA

Bismillahirrahmanirrahim ...
ALLAHUAKBAR !!!
Gaza bermandi darah lagi.
Hujan peluru.
Syuhada’… Syuhada’…
Sehingga kini beratus-ratus saudara kita di Gaza telahpun gugur lantaran diganyang peluru Zionis. Kita merasa cukup ‘helpless’ mendengar berita-berita yang sampai. Apa yang boleh kita lakukan?

Setidak-tidaknya seharusnya kita berdoa untuk keringanan penderitaan saudara-saudara kita serta kemenangan dan kemuliaan Islam. Berikut dinukilkan beberapa doa yang mungkin boleh dipanjatkan di dalam munajat sdr semua di celah-celah keheningan malam sdr bertahajjud, ataupun bila-bila masa sesuai, insya Allah.

Selain daripada itu, sekiranya sudi, mungkin boleh juga hulurkan bantuan kewangan dan kebendaan melalui NGO-NGO Islam seperti Aman Palestin ataupun JIM Internasional. Saya tahu sejurus sebelum krisis terakhir ini, Aman Palestin memang telah menyampaikan USD60 ribu bagi bantuan perubatan ke Gaza. Kini mereka lebih-lebih lagi memerlukan sokongan seumpama ini.

Apapun peristiwa ini menuntut kita semua untuk:

(a) Bersatu sebagai satu umat Tauhid dan melupakan semua perbezaan furuk dan cabang.
(b) Bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai cita-cita dan hasrat yang sama.
(c) Menyumbang apa sahaja wang ringgit, derma, doa serta sokongan moral.
(d) Memperkasakan da'wah dan tarbiyah agar dalam jangka masa panjang kita berjaya halang kekejaman ini secara permenant.
--
Doa:

"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"

"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."

"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."

"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."

DIKAU LAH SRIKANDI MUJAHIDIN


Bismillahirrahmanirrahim...



Kehadapan Mujahidah yang kami sanjungi,
Dikaulah Srikandi Islam,
Dikaulah penggerak mata rantai perjuangan ini,
Dikaulah penyeri hiasan duniawi,
Tanpa dirimu wahai mujahidah haraki,
Gerakan ini tidak mampu terbang tinggi,
Tanpa dirimu wahai mujahidah sejati,
Hilanglah sayap kiri perjuangan ini,
Dan tanpa dirimu wahai srikandi,
Tidak akan lengkap gerakan islam yang sedang berdiri.

Wahai srikandi harapan,
Dikau adalah sebutir mutiara yang amat bernilai,
Menerangi kegelapan di kala kami lalai,
Dikaulah sumber kekuatan kami,
Dikaulah pendorong semangat kami,
Dikau adalah sumber inspirasi,
Untuk kami terus maju dalam gerakan ini.

Wahai muslimah sejati,
Engkau hadir melengkap fitrah,
Yang telah diatur oleh Allah,
Kami merayu kepadamu wahai mujahidah,
Jangan jadikan kehadiranmu ini sebagai fitnah,
Di dalam perjuangan yang terlalu banyak mehnah,
Kerana kami ini hanya insan yang lemah,
Apabila berhadapan denganmu wahai muslimah.

Rasulullah saw pernah bersabda:
"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kami berharap kepadamu wahai mujahidah,
Jadikanlah kehadiranmu sebagai pelengkap fitrah,
Tetapi jangan jadikan ia sebagai pembawa fitnah.

Tanpamu wahai sayap kiri perjuangan,
Bagaimana mungkin kami mampu terbang,
Menaikkan syiar islam di muka bumi yang luas terbentang,
Oleh itu kami mengharapkan kepadamu wahai mujahidah,
Senantiasalah kamu menjadi pelengkap sayap kiri perjuangan,
Penolong kami di dalam pertarungan,
Walaupun dirimu di barisan belakang,
Tetapi auramu dapat dirasai sehingga ke bahagian hadapan.

Wahai banat penyambung perjuangan,
Wajahmu terlalu menarik dalam pandangan kami,
Oleh itu jagalah kecantikkanmu itu supaya ianya tidak menjadi fitnah buat kami,
Dan kelembutanmu itu mampu untuk mencairkan hati-hati kami,
Maka jagalah anugerah yang diberikan kepadamu ini,
Supaya dapat kami menjaga hati-hati kami.

Wahai puteri-puteri pejuang islam,
Kekuatan dirimu tidak dapat dinafikan,
Dirimu bisa memerangkap insan,
Dirimu bisa menjatuhkan semua kekuasaan,
Dirimu bisa mencairkan tingginya keegoan,
Tetapi apa yang kami dambakan,
Cukuplah dirimu sebagai pemangkin semangat buat kami untuk terus berjuang.

Wahai wanita solehah penggerak revolusi islam,
Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu,
Supaya ianya menjadi penguat untuk dirimu,
Menjadi ubat penenang qalbu,
Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.

Wahai srikandi islam,
Jangan kamu terjerat dengan cinta duniawi,
Kerana ianya akan membinasakan diri,
Membuatkan kamu begitu rugi,
Bukan sahaja di bumi ini tetapi juga di akhirat nanti,
Kerana cinta tertinggi hanyalah cinta Illahi,
Dan cinta yang didasari atas dasar iman kepada Illahi,
Jadi marilah wahai srikandi,
Muhasabahlah diri,
Apakah cintamu yang tertinggi?
Adakah cinta insani atau cinta Illahi?
Ingatlah pesanku ini wahai srikandi,
Cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut engkau miliki.

Ingatlah akan firman Allah swt :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur : 26)

Wahai bakal bidadari syurga,
Jagalah dirimu sebaik mungkin,
Kerana dirimu adalah contoh wanita mukmin,
Engkau adalah srikandi harapan,
Untuk menuju syurga di hadapan.

Wahai mujahidah impian,
Kami mengharapkan dirimu sentiasa thabat dalam perjuangan,
Jangan sesekali lari dari medan pertempuran,
Walau ianya banyak mehnah dan cabaran,
Kerana ianya adalah satu ujian,
Untuk menguji tahap keimanan,
Dan juga sebagai satu tapisan,
Daripada Allah di dalam perjuangan.

Akhirul Kalam,
Dimana pun berada, seorang muslimah harus senantiasa menjadi lentera yang menyinari, pelita hidayah, sumber bimbingan, dan menjadi aktivis yang senantiasa membangun, melakukan perbaikan dan penyedaran terhadap semua orang, baik melalui ucapan maupun perbuatan.

Harapan besar telah diamanahkan kepada para muslimah yang mampu mengemban amanah, yang senantiasa mengukuhkan keperibadiannya sebagai bukti nyata kesedaran, peningkatan dan loyalitas diri terhadap Islam serta terhadap peradaban manusia. Dan yang pasti, apa pun yang dilakukan seorang muslimah harus senantiasa dilandasi dengan niat yang satu, niat karena Allah dan hanya untuk menggapai redha-Nya.

Wahai Srikandi perjuangan islam,
Jadilah dirimu wanita mulia, semulia diri MARYAM..
Wanita faqihah, sebijak minda AISYAH..
Insan tabah, sekukuh hati ASIAH..
Menjadi kebanggaan, sehebat jiwa SUMAYYAH..

"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." -(An-Nahl: 97)

SOLAT


Bismillahirrahmanirrahim...

Syarat-syarat Sah Solat
Apabila kita sudah mempunyai air wudhu bererti kita sudah siap untuk mengerjakan solat. Kita boleh solat dimana saja asalkan di tempat suci. Suci disini maksudnya adalah tidak bernajis. Boleh menggunakan alas seperti sajadah atau apa saja yang bersih, sekalipun tidak memakai alas sama sekali, seperti di atas bumi. Meskipun demikian, yang penting dipersiapkan sebagai persyaratan shalat ialah:
  1. Menutup aurat bagi lelaki iaitu antara pusat dengan lutut. Aurat wanita, seluruh badan, kecuali muka dan telapak tangan. Menutup aurat boleh dengan apa saja asal suci, tidak tembus pandang seperti plastik bening atau benda semacam lainnya.
  2. Menghadap ke arah kiblat, yaitu Ka'bah di Makkah. Bila tidak memungkinkan, misalnya di atas kereta api, kapalterbang atau tak diketahui sama sekali, maka hadapkanlah wajah kita ke mana saja yang kita merasa condong bahawa itu adalah kiblat.
  3. Harus mengetahui dengan yakin sudah berada dalam waktu solat yang hendak dikerjakan.
  4. Yakin bahawa badan, pakaian, dan tempat solat suci dari najis.
  5. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.













PEMIMPIN BERHATI MULIA


Bismillahirrahmanirrahim...



UMAR AL-KHATTAB ( AMIRUL MUKMININ )
Sudah menjadi kebiasaan Umar ibn Khattab, di waktu malam beliau akan meronda keliling kota dan kampung untuk melihat secara langsung keadaan rakyatnya.
Suatu malam, Umar mendengar tangisan kanak-kanak dari sebuah pondok yang sangat sederhana. Lalu Umar menghampiri pondok tersebut dan mencuba untuk melihat apa yang terjadi.
Beliau mendengar ibu kanak-kanak tersebut seperti sedang memasak sesuatu.
Kanak-kanak tersebut yang awalnya menangis, sayup-sayup berhenti melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak masak-masak sehingga anaknya itu tertidur dalam kelaparan.
Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu mempersilakan tetamunya untuk masuk tanpa dia mengetahui bahawa tetamu itu adalah Khalifah Umar ibn Khattab.
Umar bertanya tentang kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu bahawa dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis ingin makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa biji batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.
Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Umar terdiam sejenak. Kemudian, dia memohon diri meninggalkan pondok wanita itu.
Dalam kegelapan malam, Umar berjalan menuju ke Baitul Mal (tempat menyimpan kekayaan negara) lalu beliau mengambil sendiri beberapa karung gandum dan dipikulnya untuk dihantarkan ke pondok wanita itu.
Salah seorang pekerja bawahannya yang melihat beliau memikul karung gandum itu cuba meminta Umar untuk menyerahkan karung itu untuk dibawakan. Namun Umar berkata,"Mahukah engkau nanti memikul dosa-dosaku di akhirat?" Mendengar perkataan Umar, lelaki itu tidak berani untuk membantu sang khalifah.
Sampai di pondok wanita itu, Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya untuk yang kedua kali. Beliau mengambil sedikit gandum dari karung tadi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya.
Wanita itu masih belum sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak untuk mereka itu ialah khalifahnya sendiri. Setelah siap, Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya. Mereka makan dengan penuh kebahagiaan.
Melihat mereka gembira, Umar merasa amat senang. Lalu dari mulut wanita tersebut berkata."Kalaulah Sayyidina Umar berbuat begini, alangkah baiknya..," kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya adalah Sayyidina Umar sendiri.
Masih adakah pemimpin seperti ini sekarang? Pemimpin yang sanggup meronda seorang diri pada waktu malam untuk mendengar sendiri keluh-kesah rakyatnya, yang sanggup memikul karung gandum dan memasak sendiri untuk rakyatnya.
Beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang berani, tegas dan kental. Sebelum masuk Islam, beliau adalah orang yang paling kuat menentang Muhammad S.A.W tetapi selepas memeluk Islam, beliau menjadi salah seorang pembela Nabi Muhammad S.A.W.
Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku...
Wallahualam...
My Feeling
Ya Allah.. alhamdulillah. aku sedang bahagia.. aku tahu ini adalah ujian kebahagiaan untuk aku.. aku sentiasa doakan yang terbaik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...