
Ya Allah, Ai Shi Te Ru

SURAT CINTA BUAT CALON SUAMI

Wahai adam…
Siapapun engkau yang nantinya akan membawa sepotong sayap ku, dan menyatukan kembali potongan sayap yang sempat berkelana mencari sekeping hati, untuk mengisi dan menyatukan kembali kepingan hati yang belum sempurna. Diri ini yakin kau adalah insan pilihan yang disiapkan Allah untuk ku.
Meskipun orang-orang bilang ini belum nyata, namun hatiku kuat mengatakan sepotong sayap itu adalah milikku.
Wahai adam…
Jika aku bisa menukarkan diriku untuk menjadi sesuatu, maka aku akan menukarkan engkau menjadi ayat suci dan menjadikan aku sebagai terjemahannya. Agar aku dapat menemanimu dikala orang menyapamu serta mampu memberikan penjelasan bagi yang belum memahamimu.
Wahai adam….
Kita akan berjuang bersama, berganding bahu menuju keredhaan Ilahi. Jika suatu saat nanti kepingan hatimu mulai terkikis, bicaralah padaku. Agar aku dapat menutupnya kembali dengan kepingan hati yang aku punya.
Wahai adam……
Ceritakanlah padaku, jikalau engkau mulai tersasar dari jalan yang lurus. Kerana aku akan cuba membantumu untuk kembali ke jalan yang di redhai. Jika aku salah mengikutmu, jangan takut untuk mengingatkanku. Kerana aku sebahagian dari tulang rusukmu.
Wahai adam…
Aku bukanlah makhluk yang sempurna di mata Allah dan dimata dunia, tapi aku akan mencuba untuk menjadi sempurna dimatamu. Jika Allah mengatakan “isteri yang solehah adalah isteri yang patuh terhadap suaminya”, semoga sebutan itu dapat engkau berikan padaku.
Aku tidak akan mencintaimu kerana kelebihanmu, tapi aku akan belajar juga mencintai kekuranganmu. Dan aku juga tidak akan menyuruhmu untuk menjadi seperti yang aku inginkan, kerana aku ingin mencintaimu seutuh dirimu. Bukan bagian dari diriku yang aku tuntut untuk ada dalam dirimu. kerana cinta itu manjadikan engkau adalah dirimu, bukan menjadikan engkau seperti yang ku mahu.
Wahai adam …
Jika engkau merasa lelah, akan ku berikan bahu ku untuk engkau jadikan sebagai tempat bersandar. Akan ku hapus air matamu hingga engkau terlelap.Akanku bacakan kitab suci untuk menghantarkan engkau dalam mimpi indahmu.
Aku ingin menjadi seperti Aisyah, seorang isteri yang paling berjiwa mulia, dermawan, dan sabar dalam mengarungi kehidupan bersama Rasulullah, seperti Khadijah yang sangat dicintai Rasulullah dan seperti Fatimah yang dijadikan satu-satunya oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib.
Wahai adam…
Aku mencitaimu kerana Allah.
Siapapun engkau, aku berharap engkau dapat membimbingku kejalan Allah. Kita akan menghadapi semua godaan dunia. Bersama berjuang untuk memperoleh darjat taqwa dimata Allah. Hingga menuju surga-Nya. .
InsyaAllah.. Aminn...
SEBELUM KAU MENJADI YANG HALAL BUAT KU

Duhai Calon
Imamku yang Tertulis Di Lauhul Mahfudz yg masih menjadi Rahsia Ilahi...Aku akan
berusaha mencintaimu dalam setiap sujud gelap malamku,dalam setiap tasbih
cintaku..Aku akan berusaha mencintaimu dalam diamku,tanpa merosak Izzah dan
Marwah diriku...jagalah aku bila engkau benar mencintaiku kerana Allah..Kerana
cinta tidak akan saling merosak tapi saling menjaga...Cintailah aku tanpa harus
mengurangi rasa cintamu pada Sang Khalik,bila saatnya nanti...ku tunggu engkau
dalam gerbang ke-halalan yang akan kita bina bersama & menjalani hidup
dalam meraih redha-Nya..Sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku menjaga cinta
yang kita bina kerana Allah ... :)
Assalamualaikum wbt,
Bakal Zauj ku,
Sebelum Engkau menjadi yang halal buat ku…
Izinkan aku menyampaikan amanat ini…
Janganlah meletakkan kerinduan mu pada ku melebih kerinduan mu pada Penciptamu,
Janganlah membiarkan dirimu hanyut dengan lamunan mu yang indah, tetapi hanyutkanlah jiwamu dengan Ayat-ayat Cinta dariNya,
Janganlah engkau menelefon ku sekiranya tiada yang mustahak,
Kerana aku menyimpan suara ku ini hanya utk mu setelah akad,
Janganlah menghubungiku melalui SMS dan email yg akan memenuhi inbox ku,
Usah ditanya ttg perkhabaran daku, kerna aku tidak memerlukan 'concern' mu lagi pada waktu ini,
Simpanlah dia bilamana diriku sudah menjadi yang halal utk mu,
Biarkan aku sakit, kerna aku yakin itu adalah kaffarah dosa-dosa ku yang terlalaikan akan perintah Khaliq ku.
Usah dikejutkan aku pada waktu Tahajjud, tetapi, kejutkanlah diri mu sendiri demi mengharapkan keredhaan Allah,
InsyaAllah, jika kamu beristiqamah dengan Tahajjud & Qiam, Allah akan anugerahkan kamu dgn zaujah yang juga seperti mu.
Usah dirisau & bimbang andainya daku tidak bangun berTahajjud, tetapi risaulah bilamana diriku setelah menjadi milikmu, tetapi tidak pula mendirikan Qiam itu…
InsyaAllah, diriku juga berusaha beristiqamah bukan utk kamu, tetapi utk Kekasih abadiku…
Usah disuruh aku membaca Al-Quran kerna aku khuatir yg aku lakukan nanti itu bukan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Usah dibimbanginya… kerna hati pemberian Allah ini adalah hati yang mudah lunak & mencintai ayat-ayatNya…
InsyaAllah, selagi Allah tidak memesongkan hatiku, aku masih berpegang teguh dengan tali Allah.
Namun, berdoalah selalu agar bakal zaujah mu ini menjadi zaujah yg solehah dan taat akan perintah Allah.
Untuk itu, selagi mana engkau belum menjadi yg halal buatku, buatlah perkara-perkara yg halal yg dapat menambah ketaqwaan kamu kepada Allah.
Jadilah Mujahidin yg sebenar! Perbetulkan niat mu, jelaskan halatuju mu… aku pasti kamu akan mengejarnya melebihi dari apa kenikmatan didunia ini. Sesungguhnya, Mati itu benar!
Syurga dan Neraka itu benar! Perdengarkan firman-firmanNya dlm jiwa mu, insyaAllah, kamu akan sentiasa berada dalam landasan yang benar untuk duniawi & ukhrawi. Amin…
HUKUM BERTEMU TUNANG

Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan : Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan :
Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan : Adakah engkau telah melihatnya? Jawab lelaki itu : Belum. Sabda baginda: Lihatlah kepadanya sesungguhnya ia akan membawa kepada hidup berkekalan antara kamu berdua.
Tujuan melihat tunag ini adalah untuk mlahirkan perasaan kasih sayang antara kedaua tunangan itu. Ia merupakan asas perkenalan antara keduanya sebelum melangsungkan perkahwinan nanti. Masing-masing berpeluang mengenali secara lebih dekat antara satu sama lain sehingga timbulnya perasaan puas hati dan redha dengan pilihan yang dibuat bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku selepas perkahwinan nanti.
Diharuskan kepada tunag lelaki untuk melihat kepada muka dan kedua tangan tunang perempuannya. Pada muka adanya rahsia berkaitan dengan keelokan dan kecantikan. Manakala pada tangan pula tersimpan rahsia tentang kesuburan tubuh atau pun tidak. Diharuskan untuk ibu dan adik beradik perempuan bagi tunang lelaki untuk melihat kepada anggota yang lain daripada muka dan tapak tangan bagi mengetahui apa sahaja yang mereka kehendaki. Pada tunang perempuan pula diharuskan melihat anggota selain aurat pada tunang lelakinya.
Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah S.A.W ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng perempuan :
Perlu difahami bersama bahawa hukum tunang sebelum berkahwin adalah masih asing bagi tunang lelaki begitu juga sebaliknya. Sebarang pertemuan yang bertujuan untuk menjaga ikatan ke arah membina rumahtangga yang aman dan soleh selepas kahwin nanti adalah diharuskan. Berkesinambungan daripada inilah maka diharuskan tunang lelaki untuk bertemu dengan tunang perempuannya walau pun berlakunya kekerapan.
Tunang lelaki juga diharuskan duduk bersama dengan tunang perempuannya dalam rumah keluarganya atau pun keluar bersamanya dengan syarat ditemani oleh adik beradik yang telah baligh samada lelaki atau perempuan bagi mengelakkan berlakunya khalwat atau bersunyian antara keduanya samada dalam rumah atau tempat umum.
Diharamkan keduanya berada dalam keadaan khalwat kerana kedua-duanya masih dikira asing kerana belum dikahwinkan. Kedua-duanya dibenarkan bercakap apa sahaja selagimana menjaga adab Islam dan jauh daripada khalwat.Selepas berlangsungnya akad nikah maka segala yang diharamkan sebelum kahwin telah dibenarkan.Kita juga dibenarkan duduk bersama saudara ipar selepas akad nikah dengan syarat mereka memakai pakaian mengikut kehendak syarak.
Inilah dia peradaban Islam yang begitu menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan walau pun sudah bertunang bagi mengelakkan zina dan seumpamanya yang akan menyebabkan berlakunya perkara yang lebih teruk dan merbahaya lagi.
rujukan:
http://darululumonline.wordpress.com/2009/02/09/hukum-bertemu-tunang/
RAMADHAN AL-MUBARAK BULAN PENUH KEBERKATAN

PERTAMA KALI MENJALANI IBADAH PUASA TANPA FAMILY TERSAYANG

![]() |
air neslo,milo,laici and blackcurrant. Style kot bekas kami haha. |
![]() |
ni sahur pagi tadi.Pulun la pi cafe pukul 5. Tak buka pun.Huuuu sedih..Last mkn bubur ayam segera la. Ikan bilis tu my mom yg buat.Tak pa.Janji sahur heeee.. |

IMAM MUDA


CERAMAH USTAZ KAZIM ELIAS (IHYA RAMADHAN)

![]() |
bersama kak Hairul Mas Baidura. |
![]() |
Panas terik. Macam di gurun sahara. |

Al-'Azhamah (KEAGUNGAN)


SAHABAT YANG MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T

![]() |
cafe KUISAS. Yg sebelah kiri tu INSYIRAH ADAMI aka MAK LANG. Diploma Syariah Islamiah.21.6.1994. Sungkai Perak. |
![]() |
IZYANA AISYAH AZALAN aka KIM NA NA. seorang yg happy go lucky like me. Diploma Syariah Islamiah. 9.3.1994. Sungkai Perak. |
![]() |
SHAKIRAH ZAINUN aka KIRARA NARUTO. termuda di kalangan kami. Diploma Pengajian Islam.20.10.1993. Jitra Kedah. |
![]() |
Yg sebelah kanan SYAZWANI ZUNIDAN aka OH HA NI. Diploma Pengajian Islam.Selangor. |
![]() |
Sebelah kiri AMALINA YAHAYA. Diploma Kaunseling & Psikologi Islam. 19.7.1994. Jitra Kedah. |
