KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH (KUISAS)



Bismillahirahmanirahim..



Seperti yang di kata hidayah Allah tiada siapa yang boleh menduga. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih meminjamkan kepada ana segala milik-Nya. Ana hanyalah seorang hamba Allah yang sedang menuju keredhaan Sang PenciptaNYA. Apabila dikenang kembali akan sebak dada ini kerana telah dipilih untuk menerima hidayah. Ana hanya berasal dari sebuah sekolah menengah biasa. Apabila sampai surat tawaran mengatakan ana di terima untuk sambung pengajian di sini subhanallah. Hanya Allah yang tahu perasaan ana ketika itu. Suatu perasaan yang sukar untuk di gambarkan. Alhamdulillah setelah ana jejakkan kaki ke sini ana sangat kagum. Indah sungguh perancangan Allah untuk diri ana. Ana dalam proses untuk lebih mendalami Islam. Ana seorang yang sangat cetek ilmu agama. Bukan salah ibu yang mengandung atau ayah yang mencari nafkah. Tetapi salah ana kerana telah mensia-siakan segala pengorbanan mereka. Alhamdulillah Allah buka jalan untuk ana datang sini tanpa perasaan yang berbelah bagi. Genap sebulan 2 hari ana di sini. Ana lebih faham tentang Islam. Ana baru kenal erti sahabat yang selama ini ana tak pernah tahu. Sekadar mempunyai kawan di kala senang. Tetapi apabila susah ana di tinggalkan. Ana memang bersyukur sangat kerana tidak berfikir banyak kali untuk datang ke sini dan keputusan yang ana ambil memang tepat. Ana dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ana ingin menjadi seorang hamba yang bertaqwa, seorang umat yang teguh imannya, seorang anak yang membanggakan ibu ayah dan seorang muslimah sejati yang tidak gentar untuk menegakkan agama Islam. Insyaallah kalau tiada aral. Appa ana selalu berpesan "ingatlah adik, kalau kita menjaga Allah, insyaallah Allah tidak kan lupakan kita dan sentiasa akan menjaga kita". Ke mana saja ana pergi pesan appa tetap tersemat di sanubari. Cukuplah dulu ana dah banyak kecewakan eomma dengan appa serta family ana. Selagi tetap iman di hati insyaallah ana akan pastikan ana takkan mengulangi kesilapan lalu. Kepada yang mendapat hidayah Allah, ana doakan anta/anti sentiasa di berkati oleh Allah s.w.t. Semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan.


                                                 
                                                                                                            

1 comment:

  1. assalamualaikum...terbaek blog ukhty.....memberikan manfaat :) teroskn ok :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Tinggalkan nasihat untuk NJ ..

My Feeling
Ya Allah.. alhamdulillah. aku sedang bahagia.. aku tahu ini adalah ujian kebahagiaan untuk aku.. aku sentiasa doakan yang terbaik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...