Mengapakah begini?? Caknakah Kita?

Bismillahirrahmanirrahim ...



"Moga Allah redha.", hatiku berbisik menetapkan hati yang gundah gulana.

Langkah disusun,
tangan digenggam,
mata ditancap.

"Assalamualaikum, tuk."

Ku lihat dahinya berkerut,
barangkali aku kelihatan asing padanya,
maklumlah, aku belajar di UK.
Nak jadi orang Masjid tu,
time summer break je la gamaknya.

"Waalaikumussalam. Ni anak sape ni?"

"Anak Rijal, tok."

"Oh, anak Rijal. Ada apa?"

"Ni, saya nak bagi atuk doa tuk Gaza. Harap atuk dapat baca setiap kali atuk imamkan solat kat masjid ni. Kita doa sama-sama tuk saudara kita yang sedang berjihad, ya tok?"

Ok, kali ni aku ternganga.

Bulu keningnya bersambung.

Matanya terjugil.

Uban-ubannya guguh bak sakura di Korea.

Sungguh dramatik.

"Err.. Nak."

"Ya, tok?", aku agak risau melihat wajah di hadapan ku, tanganku mencapai telefon bimbit dalam jubah putihku. Siap sedia nak call ambulans kalau tiba-tiba tuk imam kampungku kena 'myocardial infarction.' Pffft, sempat menyelit 'medical term' terselit di sana.

"Ye tok?", aku mengulang.

"Err... Gaza tu apa? Tema Maal Hijrah kali ni ke?"

Prang prang!

*mendoubleslaptukimamdenganmatakuyangberdarahmenangishiba*

........................

Sungguh, tiada takdir Allah yang sia-sia.
Dan tiadalah satu kebetulan melainkan ditakdirkan Allah.
Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu,
dan tiada apa yang bukan dalam kuasa Allah yang Maha Esa.

Pengeboman Asy-Syahid Ahmad A-Ja'bary telah membuka mata dunia,
bukan sahaja para-para Mujahid Mukmin,
malahan para-para Muslim dan bukan Muslim.

Maka, mulalah pembelekan berjemaah sedunia tafsir-tafsir al-Quran,
yang hard copy dibelek laju-laju hingga terkoyak sedikit di hujungnya.
Yang dalam iPhone dislide full speed hingga terbakar kulit ibu jari.
Yang dalam Note II diswipe sekuat mungkin hingga retak dua.

Takpe takpe,
demi Islam.
Demi saudaraku.
Duit boleh dicari,
ada perkara lebih aula,
yang perlu diaulakan.

Fuh fuh fuh,
dah jumpa!
Ayat ni best ni.
Sat, kena on Facebook dulu ni.
Aku mesti share dengan semua orang.
Ni jihad aku.

"Dan janganlah sesekali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki."

- Ali Imran 3: 169-

"... Dan barangsiapa yang berperang dijalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan Kami berikan pahala yang besar kepadanya.”

- An-Nisa' 4:74-

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka..."

- At-Taubah 9:111-

***

Dan bermulalah jua,
'jihad' yang tersendiri,
di hadapan laptop Alienware,
bertemankan mouse Mouseware.
Semangat masing-masing berkobar-kobar.

Ah, aku kena buat sesuatu ni.
Palestin perlukan aku.
Aku nak jadi perwira Islam!

Ketuk ketuk ketuk.
Cermin mata dipacak.
Keyboard dipalu.

"Ayuh, kita share gambar ni, biar ramai yang cakna akan Palestin!"

Tangan kanan pantas menekan mouse. Ketik ketik ketik.
Tangan kiri tangkas mengepam rokok ke dalam mulut. Puff puff puff.

"Jom, kita tukar DP kita, biar orang ramai tau yang dorang tak keseorangan dalam gerakan hangat ini!"

Mata liar mencari gambar paling comel. Fush fush fush.
Mulut basah kumat-kamit, ah, ni tak comel, nanti tak banyak like. Nom nom nom.

"Mari, kita tukar Cover Photo bersama, kita letak gambar Badut Hidong Bolat Merah pegang senapang macam mafia hancurkan Palestin. Moga ramai yang boikot McD!"

Straw disedut, telan air Coke. Srup srup srup.
Burger Quadraple Cheese Burger McDonald digigit. Nyum nyum nyum.

Eh?
McD?
Boleh makan ke?

Ah, aci redah je la.
Satu je pun.
Aku dah banyak 'jihad' ni.
Aku dah share, aku dah like, aku dah comment.
Aku dah buat status "Free Gaza, Say No to Israel!"
Aku dah tukar default hitam berkubah Aqsa kuning "For Gaza".
Aku dah tukar cover photo yang ada muka Asy-Syahid Ahmad A-Ja'bary.
Cukuplah tu.
Allah dah janji Islam akan menang lagipun,
buat pe risau.
Boleh kan?

Ptuiiihhhh.

...............




Kadangkala, kita terlalu ghairah dengan kata-kata pujukan,

"Takpe guna Facebook, memanglah Mark Zuckerberg tu Yahudi. Tapi kita boleh guna tuk counter-attack dorang balik kan? Kita share la banyak-banyak gambar. Nanti mati la semua Israel Laknatullah tu."

Hingga kita lupa,
yang kita ada tugas yang lebih besar,
dan yang pasti ia bukan di Facebook.

Di dalam bilik,
kita sibuk menghapdet pasal Gaza,
adik kita kat luar sibuk menghapbis McFlurry 5 ketui.

Dekat Facebook,
kita sibuk menukar status "Free Gaza!",
atuk yang solat sebelah kita kat Masjid tak pernah dengar pun Gaza tu apa.
Dia ingat Gaza tu latest trend kat Twitter.
Adeh, atuk oh atuk.

Dalam blog,
kita sibuk taip essay multiinggual essay pasal Gaza,
semua ada, Malay, English, Arabic, Hokkien, Japanese, Korean,
(Sorry to say la, I'm pure Malay. So bear with me.)
Dan kita tak sedar, yang jiran kita kat sebelah tengah sibuk mengecam Palestin sebab serang Israel dengan sebutir roket.

Kita makin lalai.

Kita makin alpa.

Sedar atau tidak,

Kita makin syok sendiri.

Disangka Syurga makin dekat,

ghupenya makin jauh.

Dush.

***

Sudah tiba masanya,
untuk kita bangun,
dan bertugas.

Tiba masanya,
untuk kita walk the talk.
And talk the walk.

Sebarkanlah.
Ceritakanlah.
Caknakanlah.

Masih ramai lagi adik-adik, abang-abang, akak-akak, mak-mak, ayah-ayah, atuk-atuk, nenek-nenek, sepupu-sepupu, makcik-makcik, pakcik-pakcik.
Fuh, letih den nak menaip,

Masih ramai lagi di luar sana,
yang tak sedar.

Dan jika ada yang sedar,
tidak ramai yang tahu.

Dan jika ada yang tahu,
tidak ramai yang faham.

Faham akan tugas masing-masing.
Tugas yang sungguh besar,
dan sangat penting.

Iaitu, pembinaan Ummah.

Bukan dipinta engkau pergi ke puncak KLCC,
dan menjerit, wahai Ummah, bangunlah engkau!

Tiadalah pula diminta engkau berduyun ke Broga,
dan mengangkut banner, Palestine Shall be Free!

Oh tidak,
tidak sama sekali.

Tapi yang lebih penting,
dan perlu diberi urgency,
adalah membina diri dan mereka-mereka yang hati kita saling bertaut.

Kita perlu mengenal erti tajarrud.
Kita perlu beriman dengan Surah Al-Mu'minun.
Kita perlu merasa izzah dengan Islam,
iaitu merasa bangga dengan Islam.

Dan semua-semua ini,
tiadalah mudah.

Kerna, tiadalah kita hendak ke Syurga seorang,
tapi hendak beramai-ramaian,
kita nak bawak keluarga kita, kawan-kawan kita, sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita.

Dan untuk itu,
kita perlu faham.

Akan pentingnya saling mengingati,
dan pentingnya duduk bersama dan beriman sejenak.

Daripada diri yang pabila bersua, bertanya "kau dah makan?",
kita ubah kepada, pabila bersua, bertanya "kau dah Dhuha?".

Daripada diri yang pabila bosan dan nak lepak, "Jom mengeteh sat!"
kepada pabila bosan dan nak lepak, "Jom tadabbur al-Quran sat!"

Daripada diri yang pabila buka Facebook, update status "Arini aku rasa aku comellah."
kepada apabila buka Faceook, update status, "Bangkitlah wahai Ummah! Para Syuhada' sedang menanti kita-kita para Mujahid di Syurga Firdausi!"

Sungguh, jalan Mujahid itu pahit.
Tapi jalan Mujahil itu lebih pahit.

Moga Allah redha akan semua ini.

Petikan aspirasi,
Afiq Sazlan.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan nasihat untuk NJ ..

My Feeling
Ya Allah.. alhamdulillah. aku sedang bahagia.. aku tahu ini adalah ujian kebahagiaan untuk aku.. aku sentiasa doakan yang terbaik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...