SENYUM PISANG

Begini ceritanya… Ade sorang makcik ni nama Salmah. Makcik Salmah ni dalam 40-an camtu² la dan takde keje. Satu hari die try mencuba nasib pegi mintak keje as penyapu sampah kat Cyberjaya.



Then bermulalah sesi interview dengan orang yang amek keje tu.
Encik Interview: Hemmm… tengok gaya makcik ni dah sesuai dah keje kat sini. Boleh bagi email?
Makcik Salmah: Ala, saya takde email laa… PC pon tak reti guna.
Encik Interview: Maaflah makcik, sebab nak keje kat sini kena ade email.
Then Makcik Salmah pon kuciwa la dengan interviewnya pada hari itu. Untuk mengubat hati yang lara, Makcik Salmah pon pegi pasar besar, beli sayur-mayur adela dekat 10kg dengan harga RM10. Makcik Salmah pon g la jual sayur-mayur tu dari rumah ke rumah dan dapat untung 2 kali ganda!
Pastu Makcik Salmah jadikan jual sayur tu as keje harian dia. Tiap-tiap hari dia jual sayur sampaikan dia boleh kembangkan bisnes dia tu. Last sekali Makcik Salmah berjaya jadik tokey sebuah pasaraya besar yang ada berpuluh-puluh cawangannya di seluruh negara.
Satu hari, Makcik Salmah menjemput sorang ejen insuran sebab dia nak beli insuran untuk famili dia. Bila semua proses cakap-cakap dah settle dan Makcik Salmah pon dah setuju dengan pakej insurang yang ditawarkan, ejen insuran tu pon mintak email Makcik Salmah.
Makcik Salmah: Errrr….saya takde email la. PC pon tak reti guna.
Ejen insuran itu terkejut sebab Makcik Salmah merupakan big boss kepada pasaraya yang mempunyai berpuluh cawangan di seluruh negara.
Ejen insuran: Puan tahu tak email mempunyai pengaruh yang sangat besar hari ini? Puan tahu apa yang puan boleh lakukan jika puan ada email?
Lalu Makcik Salmah menjawab,
“Jadi tukang sapu sampah di Cyberjaya!”

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan nasihat untuk NJ ..

My Feeling
Ya Allah.. alhamdulillah. aku sedang bahagia.. aku tahu ini adalah ujian kebahagiaan untuk aku.. aku sentiasa doakan yang terbaik! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...